Arsenal perlu membayar lebih dari € 16 juta untuk Neto.

Ejen pemain adalah kunci kepada perpindahan.

Ketika ini di Sepanyol, kisah Arsenal mahu mendapatkan penjaga gol Barcelona, Neto menerima reaksi negatif secara keseluruhan.

Namun ianya ada kemungkinan untuk perkara tersebut berlaku sekiranya kelab dan penjaga gol tersebut benar-benar serius mahukan perkara itu terjadi.

Pada hujung minggu lalu, Ronald Koeman mengesahkan wakil Neto telah bercakap dengan Barca mengenai jalan keluar pada jendela Januari dan pihak kelab telah menolak usaha mereka untuk berpindah sekiranya tiada pengganti yang dapat di bawa masuk.

Bagaimanapun, laporan Mundo Deportivo memberikan sedikit harapan, dan mereka mengatakan minat Arsenal untuk menandatangani pemain itu masih ada.

Ronald Koeman dilantik menjadi pengendali Barcelona pada 19 Ogos 2020.

Akhbar Catalan menyatakan bahawa pemain berusia 31 tahun itu diwakili oleh Kia Joorabchian, dengan ejen itu mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Arsenal dan Edu Gaspar.

Mundo mengatakan bahawa Barcelona hanya akan mempertimbangkan penjualan tetap dan tidak berminat untuk melakukan perpindahan secara pinjaman.

Barcelona juga dikatakan mahu nilai yang setimpal dan berbaloi bagi melepaskan pemain tersebut.

Kia Joorabchian

Sebelum ini, mereka telah membayar Valencia sebanyak € 26 juta ditambah € 9 juta lagi dalam pembayaran bonus dan kelab Sepanyol itu masih mempunyai baki hutang sebanyak € 16.25 juta bagi yuran perpindahan untuk dilunaskan.

Keadaan itu membawa maksud mereka (Barcelona) harus menerima tawaran lebih daripada € 16.25 juta untuk mencatatkan sedikit keuntungan dalam akaun mereka dan sebarang usaha kurang daripada itu tidak akan dilayan melainkan mereka sanggup menerima kerugian.

Oleh itu, jika Arsenal benar-benar bertekad, mereka harus mengemukan tawaran yang bersesuaian bagi mendapatkan Neto.

Neto, penjaga gol berusia 31 tahun kelahiran Brazil yang menjadi backup kepada penjaga gol utama Barcelona.

Selepas melepaskan Emi Martinez kepada Aston Villa pada 16 September 2020, Arsenal kini kelihatan terdesak untuk mencari seorang lagi penjaga gol baharu walaupun sudah memiliki Rúnar Alex Rúnarsson yang dibawa masuk pada 21 September 2020.

Ini kerana penjaga gol ketiga Arsenal, Matt Macey telah berpindah ke kelab Scotland, Hibernian pada 8 Januari 2021.

Matt Macey tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Liga Perdana namun kini telah berjaya membuat 2 penampilan bersama kelab Scotland (1 menang, 1 seri – bolos satu gol)
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment