Khidmat kapten Arsenal belum pasti untuk perlawanan liga vs Southampton.

Kelibat Aubameyang masih samar untuk perlawanan Selasa ini.

Mikel Arteta mengatakan dia tidak pasti jika Pierre-Emerick Aubameyang mampu disenaraikan atau tidak bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Southampton pada hari Selasa ini.

Khidmat Aubameyang mungkin terpaksa dilupakan setelah penyerang antarabangsa Gabon itu terpaksa menangani masalah peribadi yang dihadapinya.

Auba ketika ini dikatakan terlibat dalam masalah rumah tangganya.

Terdahulu, Aubameyang terlepas aksi kekalahan 1-0 Arsenal bagi perlawanan pusingan keempat Piala FA 1-0 kepada Southampton Sabtu lalu.

Arteta mengatakan pemain berusia 31 tahun itu telah ‘digugurkan’ dan terpaksa dihantar pulang ke London hanya beberapa jam sebelum perlawanan dimulakan.

“Dia mempunyai masalah peribadi dalam beberapa jam terakhir dan kami terpaksa menghantarnya pulang,” kata Arteta kepada laman web Arsenal sebelum perlawanan di Stadium St Mary.

Ditanya oleh wartawan sama ada Aubameyang akan tersedia untuk perlawanan liga mereka menentang The Saints, Arteta berkata: “Saya tidak tahu.

“Dia perlu menangani masalah itu dan melihat bagaimana ia berkembang.

“Kami di sini untuk menyokongnya dan dia perlu meluangkan masa yang diperlukan kerana itulah keutamaan pada masa ini. “

Aubameyang telah menandatangani perjanjian baharu untuk tempoh tiga tahun pada bulan September setelah membawa Arsenal menjulang Piala FA musim lalu.

Keputusan menandatangani perjanjian baharu itu sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai perpindahan keluar dari pasukan Utara London dan melegakan banyak pihak.

Arsenal terlepas peluang menyamakan kedudukan pada perlawanan Piala FA Sabtu lalu.

Selepas itu, dia kelihatan bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik dan tahap kecergasannya juga diperkatakan musim ini apabila hanya berjaya menjaringkan tujuh gol dalam kesemua pertandingan.

Pengendali Sepanyol itu turut mengatakan bahawa dia kecewa dengan penyingkiran Arsenal bagi saingan Piala FA setelah menyaksikan gol yang dijaringkan pemainnya sendiri pada babak pertama perlawanan.

“Kami mahu terus mara dalam pertandingan.

“Kami mempunyai impian untuk melakukannya lagi – seperti yang kami lakukan tahun lalu – langkah demi langkah, tetapi impian itu sudah berakhir, “tambah Arteta.

“Saya kecewa dengan cara kami melepaskan gol di mana kami tahu kami tidak seharusnya melakukan itu dan memberi kelebihan kepada lawan.

“Saya tidak boleh menyalahkan usaha pemain, bagaimana mereka mencuba, bagaimana mereka bertambah baik sepanjang permainan dan mencuba mencari gol pada babak kedua. “

Arsenal sekali lagi akan bertandang ke Stadium St Mary bagi perlawanan EPL minggu ini (Rabu, 27 Februari jam 4.15 pagi).

Auba masih bergelut dengan prestasi semasanya.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment