Connect with us

Arsenal

Arsenal Women menandatangani semula Anna Patten

Published

on

Anna Patten kembali semula ke kelab lamanya setelah berkelana untuk sambung pelajaran selama empat tahun di Amerika Syarikat.

Anna Patten mula sertai kelab pada usia 12 tahun, di mana dia terus meningkat dan mendaki di setiap peringkat akademi kelab, membuat debut pasukan utama bersama rakannya Lotte Wubben-Moy pada 2016, di mana dia bermain setiap perlawanan 2016 Spring Series pada musim tersebut.

Pemain pertahanan ini kemudian menghabiskan dua tahun belajar di Universiti Carolina Selatan dan dua tahun lagi di Universiti Florida, di mana dia bermain bolasepak sambil belajar untuk mendapatkan segulung ijazah.

“Ia satu perasaan yang hebat” kata pemain berusia 21 tahun ini. 

Advertisement

“Sudah tentu saya sudah berada di kelab sejak berusia 12 tahun, jadi untuk kembali dan sertai pasukan secara tetap ibarat impian jadi kenyataan.”

“Saya sentiasa mencari kemasukan pemain baru dari bahagian dalaman dan jika kami dapat menaikkan pemain, itu sebab kami mempunyai akademi,” tambah Joe Montemurro.

“Tetapi juga, untuk boleh menjadi kreatif dalam menandatangani pemain dan seterusnya – kami fikir dia sesuai dengan mentaliti Arsenal, gaya permainan yang kami mahukan dan yang paling menarik adalah kami dapat mempertingkatkan permainannya. Ia bukan seperti pemain yang sudah siap, masih ada ruang untuk jadi ia sesuatu yang mengujakan untuk dilakukan pada masa akan datang buat kami semua,.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply