Arteta guna Ceballos pujuk Odegaard?

Khabar angin kencang mengatakan Arsenal berminat mendapatkan Martin Odegaard dari Real Madrid secara pinjaman.

Disaat ketika Real Madrid memanggil pulang Martin Odegaard dari pinjamannya di Real Sociedad, terdapat kegembiraan dikalangan penyokong mereka untuk menyaksikan pemain ini beraksi dengan jersi keramat Los Blancos.

Ini berikutan aksi pinjaman pemain tersebut yang memberangsangkan musim lalu dengan tujuh jaringan dan sembilan bantuan gol bersama Real Sociedad.

Namun semuanya tidak berlaku seperti yang diharapkan dengan pemain itu hanya diberikan beberapa peluang untuk beraksi dengan minit yang cukup terhad.

Dengan peluang yang terhad dan bagaikan tiada tempat bersama gergasi Sepanyol itu, Odegaard merasakan jendela perpindahan Januari ini merupakan pilihan yang masuk akal bagi mencari minit permainan yang diperlukannya.

Jadi, peluang untuk berpindah secara pinjaman menjadi pilihan terbaik buatnya bagi menamatkan separuh kedua musim ini.

Metro baru-baru ini melaporkan bahawa Arsenal adalah destinasi yang mungkin dan akan memberinya peluang untuk bergabung dengan rakan sepasukan Real Madrinya, Dani Ceballos.

Sudah tentu ini sangat menarik untuk melihat apa yang akan diperkatakan Ceballos mengenai perkara itu.

Manakala Goal baru-baru ini melihat beberapa komen dari pemain pinjaman Real Madrid yang berada di Arsenal dan Ceballos dengan jelas berpendapat bahawa Odegaard harus kembali dipinjamkan.

Tetapi dia tidak memberi komen mengenai kemungkinan akan bergabung dengannya di London:

“Pemain muda perlu bermain dengan kerap.

“Di Real Madrid, saya perlu tahu bahawa saya akan mendapat peluang yang sama.

“Saya taksub untuk bermain lagi.

“Saya dapat memberitahu anda apa yang berlaku kepada saya di Madrid.

“Saya tidak tahu dengan tepat apa yang akan berlaku dengan Martin Odegaard, tetapi jelas bahawa mana-mana pemain yang ingin berjaya di Madrid akan merebut peluang yang dimilikinya. “

Ada kemungkinan komen-komen ini datang sebelum minat Arsenal diketahui kerana ia tersebar dengan cepat.

Tetapi ia juga mungkin idea Arteta untuk memberitahu Ceballos bagi meyakinkan Odegaard untuk menyertainya di The Emirates.

Baca ulasan ringkas mengenai statistik dan kehebatan Odegaard disini : KLIK

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment