Arteta ingin memastikan bahawa Arsenal tidak mengalami situasi Ozil 2.0 di masa hadapan.

Mesut Ozil telah meninggalkan Arsenal, nampaknya awan berarak mendung berlalu di Stadium Emirates.

Apa sekali pun alasannya, jelas ada sebab mengapa pengurus Arsenal, Mikel Arteta merasakan bahawa pemain itu tidak sesuai untuk menjadi sebahagian daripada skuadnya musim ini.

Hampir setahun, Mesut Ozil menerima gaji penuh tanpa beraksi untuk kelab dan jumlah itu bukanlah sedikit di mana pemain tersebut menerima £ 350,000 setiap minggu.

Ini adalah situasi yang tidak mahu dilihat pengendali Sepanyol itu berulang dalam masa terdekat kepada Arsenal.

“Anda tidak mahu berada dalam situasi ini lagi, itu pasti,” katanya kepada Daily Mail.

“Bukan untuk pemain, bukan untuk kelab.

“Tetapi ia berlaku lebih banyak di setiap kelab.

“Anda harus berbincang dengan hati terbuka bersama dengan dua-dua pihak, jelas sekali ia adalah untuk mencegah sebarang kemungkinan yang ada daripada ia berlaku.

“Dan jika itu berlaku, cukup dengan membuat keputusan dan jangan cuba melengahkan lagi perkara yang tidak berjalan dengan baik, dengan lebih lama.

“Kami berusaha untuk mewujudkan pasukan yang sangat kuat dengan kualiti berbeza yang diharapkan dapat memberi kami lebih banyak kesinambungan dan kejayaan dalam keputusan kami.

“Kadang-kadang ia adalah mustahil untuk melihat apa yang akan berlaku dalam masa tiga tahun.

“Kami cuba menyelesaikan situasi tersebut pada awal musim panas, untuk mencuba dan mengelakkan apa yang kami ada tetapi kadang-kadang tidak mungkin.

“Jendela perpindahan ini dan yang sebelumnya sangat rumit dan saya harus menganggap kami mempunyai tanggungjawab dengan pemain-pemain tersebut.

“Kami harus bertindak balas terhadap tanggungjawab kami.

“Itulah yang kami buat sehingga kami menemui jalan penyelesaian. “

Berakhirlah kisah Ozil di Stadium Emirates.

Arteta kini dapat menumpukan perhatian kepada skuad yang dia miliki dan membentuknya bersesuaian dengan apa yang dimahukannya, dengan tujuan untuk membawa mereka maju serta membawa mereka kembali ke tempat yang mereka inginkan (dikalangan kelompok teratas).

Sekiranya dia masih tidak dapat melakukannya, kesalahannya akan berada tepat dibahunya dan bukan dengan situasi yang tidak diselesaikan yang tidak memberi semangat kepada pasukan.

Mampukah Arteta mengembalikan kegemilangan Arsenal disamping menyelesaikan beberapa masalah dalam masa terdekat ini?
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment