
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui mereka perlu mencari pemain pertahanan kiri baharu.
Arsenal bulan ini telah melakukan beberapa pembersihan dengan kita menyakdikan pemergian Sokratis, Sead Kolasinac dan Mesut Ozil.
“Kami sedikit kekurangan dengan pertahanan berkaki kiri,” kata Arteta.
Pemain muda Stoke jadi buruan Arsenal dan Burnley. https://t.co/7h2Q3OLemG
— MyGooners (@MyGooners1886) January 24, 2021
“Kami tahu kami dapat menggunakan Ainsley [Maitland-Niles] di sana, kami dapat menggunakan Bukayo [Saka] di sana, kami dapat menggunakan Cedric, yang telah bermain di posisi itu.
“Kami mempunyai beberapa pilihan.
“Pilihan semula jadi adalah Kieran [Tierney] tetapi kami dapat menyesuaikan diri.
“Pilihan itu terbuka adalah kami ingin melihat apa yang ada.
Ryan Bertrand sebagai pengganti kepada Sead Kolasinac? https://t.co/1ZSUT2Q9oc
— MyGooners (@MyGooners1886) January 23, 2021
“Kami melihat pelbagai posisi kerana pergerakan yang kami buat di jendela perpindahan ini, dengan beberapa pemain meninggalkan kelab, meninggalkan kami sedikit kekurangan di bahagian tertentu.
“Jadi jika kami mampu, kami akan melakukannya dan jika tidak, kita akan terus menggunakan apa yang kita miliki.”
