
Perlawanan pusingan keempat Piala FA – Arsenal menentang Southampton.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tidak akan meletakkan pasukan yang lemah untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA yang dijadualkan berlangsung jam 8.15 malam esok (waktu Malaysia) menentang Southampton.
Pemenang perlawanan ini akan menentang sama ada Wolves atau Chorley pada pusingan kelima.
Jadual perlawanan pusingan kelima Piala FA | |||
---|---|---|---|
No. | Home | vs | Away |
1 | Fulham / Burnley | vs | AFC B’mouth / Crawley |
2 | Man Utd / Liverpool | vs | West Ham / Doncaster |
3 | Sheff Utd / Plymouth | vs | Millwall / Bristol City |
4 | Chorley / Wolves | vs | Southampton / Arsenal |
Ditanya berapa kuat skuadnya pada hari Sabtu, Arteta menjawab: “Sekuatnya.
“Kami akan menilai pemain, yang layak bermain, yang telah pulih, kami juga mempunyai beberapa masalah selepas perlawanan, jadi dalam dua hari akan datang kami akan melihat barisan terbaik.
“Southampton, kami akan bermain dua kali dalam tiga hari yang mana ianya agak pelik, dan berusaha untuk memastikan perjalanan kami dalam saingan Piala FA tetap berjalan lancar.”

