
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengatakan kontrak baharu untuk Emile Smith Rowe ‘datang secara semula jadi’.
Pemain berusia 20 tahun itu telah memanfaatkan peluang diberikan kepadanya bersama pasukan utama dengan aksi yang menakjubkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Laporan di England mendakwa Arsenal akan menawarkan kontrak mega kepada pemain tengah kreatif itu.
Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Arteta menjawab: “Biarlah ia bermula dengan proses dan langkah demi langkah.
“Emile telah melakukannya dengan sangat baik, dia bijak menggunakan peluang yang diberikan kepadanya.
“Dia menggunakan dan meraihnya dengan penuh semangat serta fokus.
“Dan dengan cara yang sangat meyakinkan.
“Biarkan dia berkembang dan perkara akan datang secara semula jadi.”

Penjelasan Arteta itu jelas menunjukkan pengurus Arsenal ini tidak mahu pemain muda itu terlalu dibebani dengan jangkaan tinggi yang diharapkan oleh peminat dan penyokong.
Malah penjelasan beliau itu juga bagaikan memberi petunjuk bahawa semua pemain terutamanya pemain muda akan menerima ganjaran sekiranya mempamerkan aksi yang memuaskan.
Serta ianya dilakukan mengikut tahap kemajuan yang dipamerkan oleh seseorang pemain itu.

Semoga Smith Rowe terus maju dan mampu meningkatkan serta mengekalkan prestasi yang memberangsangkan itu.
#COYG!