Berita menarik dari Sepanyol!

Odegaard dilaporkan memilih Arsenal berbanding Real Sociedad.

Selepas sesi nasihat dan bertukar pendapat diantara Martin Odegaard dan mereka yang rapat dengannya, pemain tersebut memutuskan untuk menerima tawaran Arsenal.

Sumber terdekat dengan pemain itu mengesahkan bahawa ada persetujuan dicapai pada dasarnya mengenai perjanjian yang akan diumumkan secepat mungkin.

Seperti yang dilaporkan di Sepanyol, kemungkinan perjanjian itu tidak akan mengandungi pilihan pembelian yang ditulis dalam kontrak tersebut, tetapi semua pihak akan duduk berunding untuk menilai semula keadaan dan peringkat seterusnya pada musim panas ini.

Malah pemain itu juga dilaporkan tidak menjalani latihan bersama skuad utama Real Madrid, sebaliknya hanya menjalani latihan di gymnasium sahaja.

Ini mengukuhkan lagi mengenai perpindahan pemain itu.

Sebelum ini, Odegaard dilaporkan telah meminta kebenaran kelab untuk menghantarnya keluar secara pinjaman pada jendela perpindahan kali ini selepas gagal mendapat tempat dalam skuad utama Zinedine Zidane.

Media sukan Sepanyol, AS dan beberapa portal Basque yang boleh dipercayai seperti Diario Vasco dan El Confidencial mendakwa bahawa Odegaard telah memutuskan untuk menguji kemahirannya dalam liga yang berbeza dan akan menyertai pasukan Mikel Arteta untuk baki musim ini.

Odegaard akan bergabung dengan rakan sepasukan Dani Ceballos sebagai pemain Real Madrid kedua di Emirates.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment