Ceballos bakal nilai sebelum pertembungan Southampton.

Pemain tengah Arsenal, Dani Ceballos akan dinilai terlebih dahulu sebelum pertembungan menentang Southampton.

Arsenal dapat menggunakan semula Dani Ceballos untuk pertembungan pusingan keempat Piala FA menentang Southampton di Stadium St Mary.

Pemain Sepanyol itu terlepas aksi kemenangan ke atas Newcastle United kerana kecederaan betisnya.

Dalam kemas kini di laman web rasmi, Arsenal menyatakan: “Ketiadaan pada perlawanan Isnin menentang Newcastle United adalah sebagai langkah berjaga-jaga dengan keadaan betis pemain itu.

“Dani akan terus dinilai dalam beberapa hari mendatang dan akan diuji menjelang pertandingan Sabtu.”

Pablo Mari, juga diketepikan dengan ketegangan betis dan akan kembali menjalani latihan minggu depan.

Pablo Mari baru membuat tiga penampilan liga setakat ini.

Pertembungan ‘back-to-back’ Arsenal vs Southampton .

Arsenal minggu ini akan berkunjung dua kali ke Stadium St Mary dengan menghadapi perlawanan Piala FA dan aksi Liga Perdana Inggeris, hanya empat hari selepas itu.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment