Connect with us

Arsenal

Ceballos ‘tidak memenuhi kriteria’.

Published

on

Real Madrid tidak berpuas hati dengan Arsenal mengenai Dani Ceballos.

Calciomercato.it pada 28 Disember lalu melaporkan Real Madrid mahu mempertimbangkan untuk memanggil semula Dani Ceballos dari tempoh pinjamannya di Arsenal pada jendela perpindahan musim sejuk ini.

Malah mereka juga menyatakan bahawa Juventus dan Inter Milan, masing-masing berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu dan menantikan jendela perpindahan dibuka untuk bertindak.

Dakwaan ini kemudiannya diambil oleh media Inggeris dan kisah ini turut disiarkan dalam edisi semalam Mundo Deportivo.

Advertisement

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Real Madrid telah meminjamkan beberapa pemain dari pasukan utama mereka dan akhbar itu menyatakan hanya Brahim Díaz, yang dipinjamkan kepada AC Milan, yang ‘memenuhi harapan’ kelab Sepanyol itu.

Mundo juga melihat pemain pinjaman Real Madrid yang lain termasuklah Takefusa Kubo dan Reinier, yang mana masing-masing beraksi untuk Villarreal dan Borussia Dortmund.

Laporan itu menyatakan lagi – ‘Kes terakhir pinjaman [pemain] dari Real Madrid yang boleh meninggalkan kelab adalah Ceballos.’

Mundo menyampaikan apa yang telah dilaporkan oleh media lain dan menyokongnya dengan mengatakan pemenang La Liga sedang ‘menilai’ untuk menyingkirkan pemain antarabangsa Sepanyol itu dari kelab utara London.

Mereka boleh membawanya ‘keluar dari Arsenal’ kerana ‘pemain tersebut tidak mempunyai minit permainan mencukupi’.

Senarai pemain Real Madrid yang dipinjamkan ke kelab lain musim ini.

Advertisement
Pemain Posisi Umur Dipinjamkan Kontrak Tamat Pinjaman Tamat Nilai Pasaran
Dani Ceballos Central   Midfield 24 Arsenal Jun 30,   2023 Jun 30,   2021 €32 juta
Takefusa Kubo Right   Winger 19 Villarreal Jun 30,   2024 Jun 30,   2021 €30 juta
Reinier Attacking   Midfield 18 Borussia Dortmund Jun 30,   2026 Jun 30,   2022 €22 juta
Gareth Bale Right   Winger 31 Tottenham Hotspur Jun 30,   2022 Jun 30,   2021 €20 juta
Brahim Díaz Attacking   Midfield 21 AC Milan Jun 30,   2025 Jun 30,   2021 €14 juta
Borja Mayoral Centre-Forward 23 AS Roma Jun 30,   2023 Jun 30,   2022 €10 juta
Jesús Vallejo Centre-Back 24 Granada CF Jun 30,   2025 Jun 30,   2021 €6 juta

Ceballos menghabiskan beras.

Ceballos, 24 menyertai Arsenal pada 25 Julai 2019 dengan kontrak pinjaman sepanjang musim dan menerima £2,700,000 setahun (£51,923 seminggu).

Beliau telah membuat 23 penampilan dalam semua pertandingan untuk Arsenal, 15 daripadanya adalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sembilan kali bermula dalam kesebelasan utama.

Purata aksi beliau adalah 63 minit setiap perlawanan EPL dan kurang dari 40 minit untuk saingan Liga Europa.

Advertisement

Secara keseluruhannya, Ceballos hanya mencatatkan purata 57 minit bagi kesemua perlawanan untuk The Gunners.

Berbalik kepada tajuk tulisan ini – “Ceballos tidak memenuhi kriteria“, jika Real Madrid merasakan pemain ini gagal mendapat minit permainan yang mencukupi bersama Arsenal sehinggakan mahu memanggilnya pulang.

Penulis juga merasakan Ceballos juga gagal memberikan impak yang diharapkan dan ini dapat dijelaskan dengan peluang serta minit permainan yang diberikan Arteta kepadanya.

Rekod penampilan Ceballos bersama Arsenal setakat ini bagi musim 20/21.

Advertisement
Saingan 20/21 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi Purata
Premier   League 15 1 947 63
Europa   League 5 192 38
EFL Cup 3 170 57
JUMLAH 23 1 1309 57