Disebalik kekusutan, Ozil berusaha untuk meninggalkan Arsenal dengan cara yang baik.

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Mesut Ozil kini sah mengakhiri hubungannya dengan Arsenal setelah beberapa tahun berada di Emirates.

Pemain Jerman itu hadir menyertai Arsenal dengan reputasi sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia pada tahun 2013, dan beliau telah membantu The Gunners mencapai beberapa kejayaan sepanjang tempoh itu.

Persembahannya mula menurun setelah dia menandatangani perjanjian baharu yang menyaksikan dia menerima gaji tertinggi di Emirates pada 2018.

Namun keadaan mulai keruh apabila dia tidak lagi bermain untuk kelab sejak bulan Mac 2020 dan situasi bertambah parah apabila Mikel Arteta tidak menyenaraikannya dalam saingan musim ini (baik bagi Liga Perdana Inggeris, mahupun aksi Liga Europa).

Arsenal gagal menjualnya pada musim panas, tetapi nampaknya mereka berjaya melakukannya sekarang.

Ozil semakin hampir (hanya menunggu tempoh kuarantin wajib tamat) untuk melengkapkan perpindahannya ke Fenerbahce.

Urusan tersebut dijangka dapat diselesaikan pada minggu ini sebelum pengumuman rasmi dilakukan.

Mirror Football melaporkan bahawa di sebalik kekusutan yang berlaku terhadapnya, Ozil bagaimanapun berusaha dengan cara baik meninggalkan kelab.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu meminta beberapa kenangan untuk mengingati waktunya di Emirates.

Sebenarnya, beberapa tahun terawalnya di kelab, ia telah memberikan sesuatu yang sangat hebat, malah aksinya sering menjadi pujian kerana dia adalah peneraju utama dalam pasukan Arsene Wenger.

Walaupun persembahannya mulai menurun, pemain Jerman itu tetap menegaskan bahawa dia amat menyukai kelab itu.

Laporan itu mengatakan bahawa dia ingin mengingati masa-masa bahagianya di kelab dan meminta beberapa baju Arsenal sebagai kenang-kenangan berharga untuk diabadikan.

And he wanted to leave with mementos from his seven largely happy years at the club, asking for some Arsenal shirts as precious keepsakes.

— Mirror Football.

Ozil walaupun dihukum dengan kejam (tidak disenaraikan dalam skuad musim ini), namun beliau tidak melakukan sebaliknya.

Jelas sekali Ozil lebih berbahasa ketika meninggalkan Stadium Emirates.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment