Dua pemain akademi Arsenal nyatakan komitmen bersama kelab

Dua orang pemain dari akademi Arsenal iaitu James Hillson dan Alex Kirk telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab.

James Hillson, penjaga gawang skuad bawah 23 tahun, telah menandatangani kontrak baru bersama kelab. Namun tempoh kontrak tidak dinyatakan.

Pada permulaannya, dia menyertai kelab secara pinjaman dari Reading pada tahun 2019 sebelum menjadi perpindahan tetap, menandatangani kontrak profesional pertamanya pada musim panas tahun yang sama.

James, berusia 20 tahun, perlu menunggu peluang bermainnya kerana dia merupakan penjaga gawang ketiga pasukan di belakang Arthur Okonkwo dan Karl Hein.

Dia hanya membuat satu penampilan bersama skuad bawah 23 tahun pada musim ini. Dia dimasukkan dalam senarai A saingan Europa League musim ini kerana dia pemain status home-grown.

James Hillson

Alex Kirk pula melangkah satu tapak ke hadapan dalam karier bolasepak dengan menandatangani kontrak profesional pertamanya.

Pemain pertahanan tengah muda ini kerap bermain untuk pasukan bawah 18 tahun dan bermain beberapa kali bersama skuad bawah 23 tahun.

Dia menandatangani perjanjian biasiswa pada 2019, telah membuat 22 penampilan untuk skuad bawah 18 tahun, sementara beraksi dalam dua perlawanan untuk pasukan bawah 21 tahun.

Dia juga menimba pengalaman bermain dalam pertandingan Trofi EFL.

Tambahan, dia juga pernah beberapa kali dipanggil untuk sertai sesi latihan skuad utama.

Tahniah kepada James Hillson dan Alex Kirk dan harap dapat terus konsisten mengembangkan permainan dan personaliti bersama Arsenal.

Alex Kirk

Be the first to comment