Franck Ribery bersikap terbuka untuk kembali ke Jerman

Pemain serangan Fiorentina ini sudah merancang langkah seterusnya apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang.

Bekas pemain bintang Bayern Munich Franck Ribery telah memberi petunjuk yang dia terbuka untuk kembali ke Bundesliga, walaupun dia menekankan yang sekarang dia fokus bersama kelabnya sekarang iaitu Fiorentina.

Ribery menjadi pemain legenda di Bayern selepas menyertai kelab pada 2007, memenangi 9 kejuaraan Bundesliga dari 12 musimnya bersama the Bavarians.

Bekas pemain antarabangsa Perancis ini menyertai Fiorentina sebelum pembukaan musim lepas dan menjadi pemain utama untuk the Viola, membuat 15 penampilan Serie A musim ini.

Kontrak Ribery bersama Fiorentina akan tamat pada penghujung kempen semasa, dan walau sudah berusia 37 tahun, dia masih berfikir untuk terus bermain – dengan potensi kembali ke Jerman.

“Saya hanya memikirkan tentang Fiorentina sahaja buat masa ini. Saya sangat penting untuk pasukan,” dia memberitahu Bild. “Tetapi saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Bundesliga bila saya sudah selesai di sini.”

Ribery juga bercakap mengenai isu yang berlaku di bekas kelabnya, termasuk status pemain baru yang dibawa masuk pada musim panas lepas Leroy Sane

Sane hanya menjadi pemain permulaan separuh dari 14 penampilan Bundesliga musim ini dan ketua jurulatihnya Hansi Flick telah membuat tajuk berita menarik pada bulan lepas apabila dia mengeluarkan Sane sedangkan dia sudah dimasukkan sebagai pemain gantian.

Ribery telah memberi sokongan kepada Sane untuk berjaya di Bayern, mengatakan dia tidak terkejut untuk melihat pemain yang lebih lama lebih mendapat peluang mengatasi Sane.

“Saya percaya akan Leroy kerana dia masih muda, mempunyai bakat dan kualiti,” kata Ribery.

“Pemain-pemain seperti Kingsley Coman atau Serge Gnabry telah berada di kelab lebih lama dan lebih mengetahui falsafah permainan jurulatih.

Sane tiba dari Manchester City, sebuah kelab besar di mana dia sudah membuktikan kualitinya di dalam pertandingan yang sukar. 

“Tetapi bolasepak tidak mudah, melibatkan banyak faktor. Sane tahu akan ada persaingan di Bayern juga. Sejak dia mengetahui perkara ini dari Manchester, dia tidak akan masalah mengenainya. 

Leroy Sane mendapat kata semangat dan dorongan untuk berjaya di Bayern

“Empat pemain sayap di Bayern sepatutnya menyokong antara satu sama lain. Duduk di bangku simpanan tidak seharusnya menjadi punca untuk mengalah – kamu masih boleh membuat sesuatu dalam masa 20 minit.”

Ribery juga memberi pendapat mengenai saga David Alaba, yang akan meninggalkan kelab selepas rundingan kontrak baru telah gagal.

David adalah pemain Bayern, dia telah memenangi treble sebanyak dua kali,” kata Ribery. 

David seorang yang bijak dan dia bukan lagi seorang budak kecil. Dia boleh mencipta nama besar dalam dunia bolasepak, memenangi segalanya. 

“Bavaria sentiasa berdiri di belakang David, perhubungan juga bagus. Saya fikir adalah terbaik untuk kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian. Tetapi kadang-kadang ia tidak sesuai. Inilah kehidupan, inilah bolasepak.”

Be the first to comment