
“Jujur ia tidak membawa apa-apa untuk pasukan ini” peminat mempersoalkannya setelah seri bertemu Crystal Palace.
Dalam bolasepak, banyak perkara boleh berubah dengan cepat tetapi sukar untuk memikirkan prestasi pemain seperti Pierre Emerick-Aubameyang jatuh merudum sejak awal musim ini.
Sebelum ini, kita semua dilanda resah dan kerisauan ekoran beliau dikatakan akan meninggalkan kelab setelah mempamerkan aksi persembahan hebat membantu Arsenal menjulang Piala FA musim lalu.
Aubameyang menjaringkan dua gol pada pentas final ketika Arsenal menewaskan Chelsea 2-1, malah beliau turut dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.
Namun kita semua mampu menarik nafas lega setelah beliau akhirnya menandatangani perjanjian baharu pada musim panas.

Pengendali pasukan, Mikel Arteta telah berusaha membangunkan Arsenal menjadi pasukan yang kuat dan Aubameyang adalah pemain utama yang akan menjaringkan gol ketika permainan sengit dan ketat, tetapi itu semua tidak lagi berlaku.
Aubameyang bermain penuh 90 minit pada malam tersebut ketika Arsenal terikat dengan keputusan seri menentang Crystal Palace – di mana The Gunners sama sekali tidak mampu menjaringkan gol, jadi ini pasti membimbangkan para peminat dan penyokong kelab utara London.
Sekiranya seorang penyerang terlepas atau kehilangan peluang besar, anda masih boleh percaya bahawa keyakinan mereka akan kembali pulih pada perlawanan seterusnya.
Tetapi Aubameyang mempunyai masalah yang jauh lebih besar di mana beliau sama sekali tidak memberi kesan pada perlawanan seterusnya.
Kemerosotan aksi pemain kebangsaan Gabon ini mula menjadi perhatian dan para peminat tertanya-tanya apa yang sebenarnya beliau bawa kepada pasukan setelah seri bertemu Crystal Palace.
The midfield was extremely solid today! Smithe Rowe ddnt turn up and Aubameyang honestly brings nothing to this team!
— Gustavo Andrés🃏 (@TheRealAkinyemi) January 14, 2021
#arsenal Arsenal striker on recess. Arteta please overhaul this team. Bench or sell Aubameyang, Useless Pepe, Nketiah, Cabellos. Get serious No 10 and another striker.
— Geoffrey L Malakwen (@GLMalakwen) January 14, 2021
Xhaka was immense. ESR had a quiet game. Tierney was missing but still had more presence than Aubameyang. Everyone else industrious. We didn’t lose. 1 point. Next game. Love my gunners!!👊
— ⚽️1🎱86⚽️ (@jantoin) January 14, 2021
Genuinely didn't even realise aubameyang was playing 😂
— Darragh Troy (@DarraghTroy) January 14, 2021

Walaupun mudah untuk mengkritik penyerang setelah mengalami kemerosotan dan mempamerkan aksi buruk, namun kita juga harus melihat kepada Arteta.
Adakah beliau benar-benar tahu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik dari pemain tersebut?
Aubameyang selalu berada di tahap terbaik ketika beliau beraksi sebagai penyerang utama dan mampu menggunakan kepantasan yang dimilikinya, tetapi dia sering ‘tersekat’ di bahagian sayap dengan rancangan terhad untuk membawanya masuk menembusi benteng pertahanan lawan.
Ini mungkin kombinasi antara Arteta dan Aubameyang yang memerlukan peningkatan mendadak dalam permainan mereka, tetapi kita sememangnya mulai berasa bimbang apabila seorang pemain berusia lebih dari 30 tahun mula kehilangan rentak.
Ini kerana, selalunya tidak ada masa lagi untuk pemain seperti itu berjaya mengembalikan prestasi terbaik mereka.

Minggu ini, Arsenal sekali lagi menjadi tuan rumah apabila menerima kunjungan The Magpies pada jam 4 pagi waktu Malaysia, 19 Januari 2021.
Mampukah Aubameyang menjaringkan gol ataupun mampukah The Gunners mencatatkan kemenangan?
