Connect with us

Everton

Jill Scott berpindah ke Everton

Published

on

Pemain tengah antarabangsa England, Jill Scott telah sertai Everton dari Manchester City secara pinjaman sehingga penghujung musim.

Jill Scott, berusia 33 tahun, kembali ke kelab di mana dia menghabiskan tujuh tahun kariernya antara 2006 dan 2013, sebelum menyertai Manchester City.

Everton kini menduduki tempat kelima dalam carta liga Barclays The FA Women’s Super League, beza empat mata dan satu kedudukan di bawah City.

Perpindahan ini berlaku hanya sehari selepas pemain tengah Sepanyol Damaris Egurrola meninggalkan Everton untuk menyertai kelab juara Eropah Olympique Lyon dalam perpindahan bernilai sekitar €100,000.

Advertisement

Di dalam diri Scottt, Everton telah menandatangani salah seorang pemain paling berpengalaman. Dia telah menjuarai Women’s Super League sekali, Piala FA Wanita tiga kali, dan tiga kali memenangi Piala Liga semasa tempoh bermainnya di City, dan penampilan antarabangsanya yang seterusnya bersama the Lionesses akan menjadi yang ke-150 di peringkat senior.

Boss Everton Willie Kirk berkata: “Saya sangat gembira dapat membawa Jill kembali ke kelab.

“Dia merupakan satu watak penting di Everton apabila Women’s Super League mula ditubuhkan dan menjadi sebahagian penting di Manchester City, mengukuhkan status mereka sebagai salah satu kelab terbaik di negara ini.

“Pencapaiannya dalam sukan ini sangat menakjubkan, dan ianya telah diiktiraf dengan anugerah MBE dalam senarai 2020 New Year’s Honours.

Advertisement

“Dia sangat teruja untuk menyertai kami dan saya menjangkakan dia untuk mencabar dan menaikkan standard kami, menambah kepada hasil kerja bagus yang kami sedang lakukan.

“Ia mungkin perjanjian pinjaman sehingga penghujung musim tetapi saya rasa dia dapat memberikan impak jangka masa panjang dalam perjalanan yang kami sedang lalui.

“Saya memandang ke hadapan untuk bekerja dengannya dan ini adalah salah satu petanda keinginan kami.”

Pengarah Everton Sarvar Ismailov menambah: “Memang hebat untuk mengalukan Jill kembali. Kami semua mengetahui kualiti yang akan dia bawa kepada skuad kami, tetapi yang paling penting, dia dapat memberikan mentaliti kemenangan yang akan membantu pasukan kami.

Advertisement

“Kami masih lagi dalam proses memperkasa dan membina skuad juara yang boleh mencabar tempat empat pasukan teratas WSL.”

Scott mungkin boleh membuat debut keduanya bersama Everton pada hari Ahad, apabila mereka akan bertandang ke London untuk menentang Tottenham dalam aksi WSL.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply