Kontrak Mesut Ozil bersama Fenerbahce.

Mesut Ozil menerima gaji £67,000 seminggu di Fenerbahce, kurang 80 peratus yang diraihnya di Arsenal.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu bersetuju menerima pemotongan £283,000 seminggu untuk menyertai gergasi Turki bulan ini.

Ozil dibayar £350,000 seminggu di Arsenal walaupun dibekukan daripada skuad utama tetapi AS melaporkan dia akan menandatangani kontrak tiga setengah tahun bernilai £3.5 juta setahun.

Perpindahan itu menyaksikan Ozil meraih pendapatan hanya 20 peratus daripada yang diperolehi di Utara London malah kurang daripada pemain seperti Cedric Soares yang bergaji £75,000 seminggu di Arsenal.

Tetapi laporan menyatakan dia mampu mendapat £670,000 dari segi bonus sahaja musim ini dan akan mendapat tambahan £445,000 jika membantu Fenerbahce menjulang gelaran liga pertama sejak 2014.

Skuad Erol Bulut kini terikat dengan Besiktas di puncak liga daripada segi pungutan mata dan gergasi Turki itu turut berada di musim kedua tanpa aksi Eropah.

Jika mereka layak ke Liga Juara-Juara menyaksikan budak baharu, Ozil mendapat tambahan bonus £222,000.

Perancang dari Jerman itu mencapai persetujuan dengan pengurusan Emirates untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Dia dijangka mendapat sekitar £7 juta dari tempoh sekarang sehingga penghujung kontraknya pada Jun depan dan dia terbang ke Istanbul pada Ahad lalu selepas diberi kebenaran menandatangani kontrak dengan kelab Super Lig itu.

Ozil dijangka menjalani ujian kesihatan dan menyelesaikan perpindahan percuma ke Fenerbahce pada hari Jumaat.

Bekas perancang tersohor Jerman ini adalah pemain Arsenal yang paling menarik di era Emirates, memenangi empat Piala FA selama tujuh setengah tahun di Utara London.

Semoga terus maju Ozil!

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment