Lukas Podolski gembira Ozil tinggalkan Arsenal

Bekas penyerang the Gunners ini “sangat gembira” yang rakan lamanya di Arsenal akan menyertainya bermain di Super Lig Turki.

Lukas Podolski berkata dia gembira melihat Mesut Ozil meninggalkan Arsenal dan mula bermain bola sepak kembali selepas hampir setahun ‘dibekukan’ khidmatnya di Stadium Emirates.

Laman sesawang berita bolasepak Goal telah melaporkan yang Ozil semakin hampir menyertai Fenerbahce secara percuma selepas mencapai persetujuan dengan Arsenal untuk menamatkan kontrak semasanya, yang sepatutnya tamat pada bulan Jun.

Pemain berusia 32 tahun ini sudah mendarat di Istanbul sebelum diumumkan di kelab yang disokongnya semasa dia kecil, dan seterusnya menutup tirai tujuh tahun setengah kariernya di Stadium Emirates.

Mesut Ozil bakal menjadi tumpuan bolasepak global untuk melihat bermain bolasepak semula

Ozil tidak terlibat dalam perlawanan kompetitif sejak Mac tahun lepas, dikeluarkan daripada perancangan Mikel Arteta selepas mereka kembali beraksi pada bulan Jun 2020.

Sebarang harapan untuk menyaksikan bekas pemain antarabangsa Jerman ini kembali ke kesebelasan utama the Gunners seolah-olah terpadam apabila dia tidak disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Inggeris dan Europa League oleh Arteta pada musim ini, yang menambah lagi kekusutan Podolski..

Podolski pernah bermain bersama Ozil di utara London di antara 2013 dan 2015, dan menghentam layanan Arsenal terhadap pemain tengah perancang ini pada awal musim ini.

“Secara umumnya saya fikir, dengan seorang pemain yang kini sudah memasuki tahun keenam atau ketujuh bersama kelab, dan terus menendanganya keluar dari skuad, adalah sangat tidak baik,” katanya.

“Dia telah menunjukkan kelasnya di atas padang, tidak pernah menunjukkan perkara negatif terhadap rakan-rakanya atau kelab. Arsenal adalah sebuah kelab yang tidak melihat ke arah positif dalam situasi ini sejak beberapa bulan kebelakangan ini.”

Podolski, yang masih lagi bermain di Turki bersama Antalyaspor, telah meluahkan rasa lega selepas Ozil akhirnya berjaya mendapatkan jalan keluar dari Stadium Emirates sambil meramal yang dia akan menjadi aset hebat kepada Super Lig selepas sudah bertahun-tahun bermain bolasepak Eropah di tahap tertinggi..

“Saya sangat gembira yang Ozil akan bermain untuk kami di Turki pada masa akan datang. Dia adalah satu aset liga dan pada umur 32 tahun masih dalam waktu puncak bolasepak,” bekas penyerang Arsenal ini memberitahu Sport Bild.

“Ia berlaku lagi dan lagi di dalam Super Lig di mana nama-nama pemain yang hebat diperkenal oleh ketua-ketua kelab untuk memuaskan hati para peminat.”

Podolski bersedih dengan situasi pahit pemergian Ozil, tetapi berasa gembira kerana akhirnya dia dapat kembali melakukan apa yang terbaik dia dapat lakukan di atas padang selepas berbulan-bulan dipinggirkan oleh the Gunners.

“Sangat memalukan ia berakhir sebegini. Tiada profesional yang berpuas hati jika dia tidak dibenarkan bermain,” kata rakan sepasukan negara Jerman bersama Ozil yang memenangi Piala Dunia 2014 ini.

“Sekarang Mesut akhirnya dapat melakukan apa yang kita semua cintai: bermain bolasepak.”

Lukas Podolski dan Mesut Ozil pernah bermain bersama skuad antarabangsa Jerman

Be the first to comment