Matt Macey akhirnya berpindah keluar dari Arsenal secara tetap

Rich found if you search "Matt Macey" in Google
Penjaga gol ketiga Arsenal, Matt Macey telah beralih angin ke Scotland untuk menyertai Hibernian secara percuma pada Januari ini.

Matt Macey menandatangani kontrak enam bulan sehingga penghujung musim ini, dan akan memberi saingan kepada Ofir Marciano dan Kevin Dabrowski untuk tempat kesebelasan utama.

Dia menyertai Arsenal pada Oktober 2013 dari Bristol Rovers, di mana dia ada terlibat dalam skuad utama mereka pada usia 17 tahun.

Penjaga gol berusia 26 tahun ini membuat dua penampilan sahaja sepanjang kariernya di kelab utara London tersebut, kedua-duanya pada musim 2017/18. Kali pertama ketika menang 2-1 ke atas Norwich dalam Piala EFL, sebelum beraksi dalam perlawanan Europa League menentang Red Star Belgrade, yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dia menikmati beberapa tempoh pinjaman, yang terbaru adalah tempoh pinjaman bersama Plymouth Argyle pada musim 2018/19, di mana dia menjadi pemain tetap untuk the Pilgrims, yang beraksi di League One.

Selain Plymouth, dia pernah bermain secara kontrak pinjaman di Accrington Stanley dan Luton Town.

Penjaga gol dengan ketinggian 2.1 meter ini kerap disenaraikan dalam skuad hari perlawanan sejak dua musim lepas.

Selepas musim lepas bersambung semula dan kecederaan Bernd Leno, dia berada di bangku simpanan untuk setiap baki perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Emirates, menjadi penjaga gawang sandaran di belakang Emiliano Martinez.

Dia juga mengutip pingat juara Piala FA sebagai sebahagian daripada skuad perlawanan akhir yang mencatat kemenangan 2-1 menentang Chelsea di Wembley pada Ogos lepas.

Matt Macey beraksi dalam salah satu perlawanan Premier League 2 musim lepas

Kontrak asalnya bersama the Gunners dijangka tamat pada musim panas akan datang, namun Mikel Arteta mahu proses ‘pembinaan’ pasukannya sendiri lebih cepat, dan menerima tawaran the Hibs untuk mendapatkan khidmat Matt.

Bercakap mengenai perpindahannya: “Saya sangat teruja untuk memulakannya. Saya bercakap dengan pengurus (Jack Ross) dan Craig Samson, tetapi saya sudah menetapkan minda saya untuk datang ke sini.

“Saya sangat gembira dengan setiap pengalaman yang saya timba di Arsenal tetapi saya dahagakan bolasepak pasukan utama. Saya tahu saya tidak akan mendapatnya secara terus di sini, jadi saya perlu menunjukkan apa yang saya boleh lakukan dalam latihan dan bermula di situ.

“Tidak ada sesiapa perlu memberitahu saya betapa besarnya kelab seperti Hibernian ini, dalam liga yang mencabar. Saya menanti untuk memulakannya.”

Be the first to comment