Mesej perpisahan Mesut Ozil kepada Arsenal setelah melengkapkan perpindahan ke Fenerbahce.

Mesut Ozil kini sah menjadi milik kelab Turki, Fenerbahce.

Assist King akhirnya meninggalkan Arsenal setelah tujuh setengah tahun bersama kelab Utara London itu.

Penghijrahan beliau itu bermakna dia kini bebas daripada ‘hukuman’ setelah tidak disenaraikan dalam skuad The Gunners musim ini.

Manakala Fenerbahce pula mengambil kesempatan tersebut untuk menandatangani pemain tengah berbisa Arsenal itu secara percuma.

Mesut Ozil mengatakan bahawa peminat Arsenal akan “selamanya kekal di hati saya” ketika dia akhirnya melengkapkan perpindahannya ke Fenerbahce.

Pemain tengah itu mengakhiri mimpi buruk bersama The Gunners pada hari Ahad setelah berbulan-bulan dibekukan di bawah pengurus pasukan, Mikel Arteta.

Sepanjang tempoh Ozil bersama Arsenal, aksi dan persembahannya menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan penyokong The Gunners mengenai sumbangannya kepada kelab dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun dengan penghijrahannya itu, hanya kenangan indah sahaja yang tinggal dihati dan mata peminat setianya serta Arsenal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab untuk perjalanan yang luar biasa ini selama tujuh setengah tahun yang lalu,” katanya dalam mesej perpisahannya di laman web rasmi Arsenal.

“Sokongan yang saya rasakan dari pasukan dan peminat selama saya berada di sini sungguh luar biasa dan sesuatu yang saya akan sentiasa berterima kasih.

“Bersama-sama kita memenangi piala untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun dan mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup.

“Peminat Arsenal akan kekal di hati saya.”

Ozil menambah: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada [pengarah teknikal Arsenal] Edu ​​Gaspar yang telah membantu memberikan penyelesaian secara profesional dan bermaruah dalam beberapa hari terakhir.

“Dan saya berharap semua orang di kelab ini berusaha yang terbaik untuk terus membawa Arsenal kembali ke puncak, tempat kita berada. “

Ketibaannya di Fenerbahce telah disambut dengan penuh meriah di Turki dan video pengumuman mengenai kelab tersebut telah menandatangani Ozil juga dihasilkan dengan cukup menarik.

Saksikan video pengumuman Fernebahce menandatangani Ozil dibawah.

Walaupun ramai yang menganggap Ozil sebagai lagenda di Arsenal, beliau pergi dengan perasaan bahawa dia boleh mencapai lebih banyak.

Ozil menulis dalam mesej berpisahan di laman sosialnya (Facebook, Twitter dan Instagram) bahawa dia “tidak menyesal” dan “tidak menyimpan dendam” walaupun dia digugurkan oleh Arteta.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment