Omar Rekik tandatangani kontrak profesional bersama Arsenal

The picture of young Tunisian footballer , Omar Rekik
Omar Rekik ,pemain kelahiran Belanda, telah menyertai Arsenal dari Hertha Berlin pada Januari ini, Mikel Arteta telah mengesahkannya.

Menurut laporan dari Bild, Arsenal telah bersetuju untuk membayar sekitar £540,000 kepada Hertha untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah ini, yang menghabiskan tempohnya sebagai pemain remaja akademi Feyenoord, PSV Eindhoven, Manchester City, dan Marseile sebelum menyertai kelab Jerman tersebut.

Pengurus Arsenal Mikel Arteta mengesahkan pada hari Khamis yang ketibaan pemain telah lengkap, memberitahu para wartawan dalam satu sidang media: “Dia seorang pemain muda berbakat yang sudah beberapa kali kami mengikutinya [perkembangan] dan percaya dia mempunyai masa depan yang cerah.”

Pemain skuad bawah 21 tahun Tunisia ini masih belum membuat debut skuad senior, bermain secara kerap dengan Hertha Berlin II di liga keempat bolasepak Jerman musim ini, tetapi dia juga tiga kali pemain di bangku simpanan yang tidak digunakan dalam tiga perlawanan Bundesliga musim lepas.

“Sungguh hebat untuk berada di sini selepas hasil usaha yang gigih. Saya berpindah ke sini pada tiga minggu lepas dan berada dalam kuarantin, jadi saya tidak sabar untuk memulakannya,” Rekik memberitahu laman sesawang Arsenal.

“Keramahan dan minat yang ditunjukkan oleh mereka terhadap saya, dan sudah tentu, apabila sebuah kelab seperti Arsenal mula berminat, saya rasa tidak ada sesiapa yang akan berfikir panjang. 

“Saya seorang pemenang. Saya sentiasa mahu menang, dan ia bermaksud dengan semuanya, bukan sahaja bolasepak, sejak saya masih kanak-kanak lagi. Cara saya bermain? Saya seorang pemain pertahanan tengah dan saya suka bermain dengan bola, saya suka bermain bermula dari belakang, dan fikir ia juga struktur kelab ini. Ia sangat sesuai.”

Rekik berkata gaya permainan Arsenal memainkan peranan penting untuk dia memilih untuk menyambung kariernya di utara London.

Omar Rekik sudah menyertai sesi latihan Arsenal

“Dengan Mikel Arteta, jika kamu menonton perlawanan, dia bukan seorang jurulatih yang pantas berfikir untuk memainkan hantaran bola jauh. Sudah tentu, jika diperlukan, kamu perlu melakukannya, tetapi saya fikir sesuai dengan gaya permainan ini,” dia menambah.

“Sebagai seorang pemain muda, kamu perlu bermain di tempat lain yang tidak takut untuk memberikan kamu peluang dan kamu boleh lihat ramai pemain remaja yang telah bermain dengan skuad utama di sini, dan saya mahu menjadi pemain yang seterusnya.”

Rekik, yang menjadi pemain baru pertama kelab London ini pada jendela perpindahan Januari ini, telah dikaitkan berpindah ke Stadium EMirates pada jendela perpindahan musim panas lepas, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Be the first to comment