Pemain muda Stoke jadi buruan Arsenal dan Burnley.

Arsenal dan Burnley dalam perebutan bagi menandatangani pemain Stoke City.

Stoke City bagaikan sedang dalam pertarungan untuk mempertahankan pemain muda mereka, Nathan Collins dengan duo Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Burnley berminat terhadap pemain Ireland itu.

Usaha mendapatkan pemain itu dilaporkan semakin ‘kencang’ setelah jendela perpindahan memasuki minggu terakhir untuk jendela Januari, menurut The Sun.

Nathan Collins pertahanan tengah Stoke yang menjadi perhatian Arsenal dan Burnley.

The Gunners memburu pemain berusia 19 tahun itu tetapi Burnley mungkin mempunyai peluang terbaik untuk membuat perjanjian, dengan Alan Nixon mengatakan bahawa Clarets melihatnya sebagai pengganti James Tarkowski untuk jangka panjang.

Ini ditambah dengan barisan pertahanan yang telah dimiliki Arsenal ketika ini mungkin membuatkan pemain tersebut lebih memilih Burnley berbanding The Gunners sekiranya dia memikirkan minit permainan yang mampu diperolehinya.

Walaupun Arsenal tidak kelihatan seperti mereka benar-benar berada di pasaran untuk kemasukan pertahanan baharu bulan ini, Burnley mempunyai pelaburan baru dari pemilik baharu ALK Capital, dan mereka bersedia untuk menyokong Sean Dyche berikutan kemenangan liga 1-0 ke atas Liverpool.

Pengurus Burnley, Sean Dyche mendapat sokongan pemilik kelab untuk mengukuhkan barisan pemainnya pada jendela Januari.

Dengan kekurangan pemain pertahanan tengah dan minat terhadap Tarkowski yang nampaknya semakin meningkat setiap jendela perpindahan, Collins adalah pemain yang mempunyai minat tinggi di Turf Moor.

Pemain berusia 19 tahun itu telah menjadi pemain tetap untuk Stoke di bawah Michael O’Neill, bermain di pertahanan tengah dan kanan dengan 24 penampilan musim ini.

Statistik penampilan Nathan Collins bersama Stoke dalam saingan Kejuaraan (Championship) musim ini.

Bersama Stoke, dia sering digandingkan bersama pemain antarabangsa Australia, Harry Souttar dan kelihatan seperti The Potters sudah pun mempunyai gandingan jangka panjang yang kukuh buat dua pemain tersebut.

Pertahanan tengah Nathan Collins, 19, dapat segera melangkah keluar dari saingan Kejuaraan (Championship) bersama Stoke ke Liga Perdana Inggeris, sama ada Burnley atau Arsenal.
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment