Pendedahan terma Odegaard yang dipersetujui Arsenal dengan Real Madrid.

Arsenal menyelesaikan kesepakatan untuk pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard hari ini.

El Confidencial mengatakan pengarah teknikal Arsenal, Edu Gaspar telah memainkan peranan penting dalam membuat perpindahan itu berjaya dilakukan.

The Gunners akan membayar penuh gaji Odegaard yang diterimanya bersama Real Madrid semasa tempohnya di Utara London.

Pemain itu difahamkan memperolehi £ 38,000 seminggu yang mana ia adalah agak sederhana dan jumlah tersebut tidak akan menjadi masalah buat Arsenal.

Selain itu, Arsenal akan membayar yuran pinjaman sebanyak £ 2 juta kepada gergasi La Liga, yang bermaksud kos kerugian yang akan ditanggung The Gunners sekiranya Odegaard tidak menepati jangkaan.

Dipercayai bahawa tiada klausa yang membolehkan Arsenal menandatangani Odegaard secara tetap (pembelian) pada musim panas akan datang.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment