Pierre-Emerick Aubameyang boleh menjadi ‘Mesut Ozil 2.0’.

Tumpuan kini beralih kepada penyerang antarabangsa Gabon.

Mesut Ozil kini sah meninggalkan Arsenal dan akan menyertai kelab Turki, Fenerbahce.

Sebelum ini, Ozil mengalami nasib berbeza selepas Arsene Wenger tidak lagi menjadi pengurus pasukan.

Malah prestasi dan penampilannya turut menjadi persoalan pada akhir musim Wenger bersama The Gunners.

Selepas Unai Emery mengambil alih pasukan, Ozil mula terkait dengan kontroversi selepas beliau bergambar dengan Presiden Turki, RecepTayyip Erdogan.

Perkara tersebut berlarutan hingga ke pentas Piala Dunia 2018 dengan dirinya teruk dikecam sehinggakan beliau terpaksa bersara awal dari mewakili skuad kebangsaan Jerman.

Kemudian kehadiran Mikel Arteta bagaikan memberi harapan baru kepadanya sebelum kedatangan Covid-19 yang sekali lagi membuatkan dirinya terpalit dengan kontroversi.

Kali ini isu pemotongan gaji menyebabkan dirinya dihukum dengan tidak tersenarai dalam skuad Arsenal musim 2020/21 dengan sebelum itu isu muslim Ughyur turut menjadi hangat.

Ozil enggan menerima potongan gaji dan status beliau yang merupakan penerima gaji tertinggi di kelab, sudah tentu kisahnya lebih menjadi tumpuan walaupun terdapat beberapa lagi pemain yang mengmbil keputusan sama sepertinya.

Disebalik semua itu, semuanya bermula selepas Ozil menandatangani pembaharuan kontrak yang menyaksikan dirinya menerima gaji £350,000 seminggu.

Selaku penerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab, sudah tentu kita semua (penyokong dan peminat) mengharapkan sesuatu yang berbaloi disumbangkan kepada pasukan.

Prestasi Ozil dikatakan merosot selepas menerima gaji tertinggi itu dan kali ini perkara sama bagaikan berulang kembali.

Aubameyang kini menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal berkongsi kedudukan bersama Thomas Partey yang baru di bawa musim ini.

Namun, pemain antarabangsa Gabon itu lebih menjadi tumpuan berbanding Partey kerana prestasi semasanya yang semakin merosot.

Ini bagaikan perkara sama terjadi terhadap Ozil selepas menandatangani pembaharuan kontrak.

Aubameyang pernah mencemaskan kita semua apabila masa depannya bersama Arsenal menjadi tanda tanya selepas tarik tali dalam urusan pembaharuan kontrak.

Beliau akhirnya menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dirinya menjadi penerima gaji kedua tertinggi dibelakang Ozil dan sebelum kedatangan Partey.

Menariknya kedua-dua mereka (Ozil dan Aubameyang) adalah bekas perancang berbisa Jerman itu merupakan pembantu jaringan terbanyak sementara penyerang Gabon pula merupakan penjaring terbanyak pasukan.

Dengan menikmati bayaran mewah, prestasi mereka mulai merosot walaupun ianya bersangkut paut dengan taktikal pasukan.

Setelah ketiadaan Ozil, tumpuan kini pastinya beralih kepada penyerang antarabangsa Gabon itu.

Adakah Aubameyang akan menjadi Ozil versi 2.0?

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment