Connect with us

Arsenal

Punca ketiadaan Aubameyang bagi perlawanan Arsenal vs Southampton.

Published

on

‘Masalah peribadi’ mengejut menyaksikan Pierre-Emerick Aubameyang tidak dapat bersama pasukan bagi perlawanan menentang Southampton.

Mikel Arteta telah menyatakan bahawa Aubameyang tidak disenaraikan dalam skuad Arsenal untuk menghadapi Southampton bagi saingan Piala FA hari ini kerana ‘masalah peribadi’.

Penyerang sensasi Arsenal itu pada asalnya turut mengikuti rombongan ke St. Mary, namun pada minit-minit akhir dia terpaksa meninggalkan skuad dan kembali ke London.

Pengurus Arsenal telah mengesahkan bahawa penyerang Gabon itu telah kembali ke semula London setelah sesuatu yang peribadi muncul dalam beberapa jam terakhir.

Advertisement

Pemain akademi, Eddie Nketiah digunakan untuk memimpin barisan serangan menentang Saints, dengan Alexandre Lacazette di bangku simpanan untuk The Gunners.

Tanpa mengetahui perkembangan lebih terperinci, kami mendoakan semoga Pierre-Emerick dan seluruh keluarga Aubameyang berada dalam keadaan baik serta berharap tidak ada yang serius berlaku.

Pengunduran diri Aubameyang dari skuad boleh menjadi alasan mengapa Arteta menyenaraikan tiga penjaga gol dalam skuad perlawanan kali ini.

Kesebelasan utama Arsenal menentang Southampton.

Situasi ini juga boleh kita jadikan iktibar dan sebagai peringatan bahawa kita semua mungkin harus lebih bertimbang rasa dengan reaksi serta komen terhadap berita pasukan di masa hadapan.

Dalam pada itu, keputusan perlawanan tersebut berkesudahan dengan Arsenal tersingkir dari saingan kali ini selepas tewas 1-0.

Advertisement