Connect with us

Arsenal

Reaksi peminat Arsenal ketika Shkodran Mustafi dikaitkan dengan kelab Itali, Lazio.

Published

on

Pertahanan tengah Arsenal, Shkodran Mustafi dilaporkan dikehendaki oleh pasukan Itali, Lazio dan beberapa peminat The Gunners di Twitter telah bertindak balas dengan mendakwa mereka ingin melihatnya pergi.

Citta Celeste melaporkan bahawa pasukan Serie A Lazio telah memulakan perbincangan dengan Arsenal mengenai menandatangani pemain pertahanan itu.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu akan berakhir pada akhir musim ini, dengan Football London sebelum ini mendakwa bahawa Mustafi berharap dapat menyelesaikan urusan perpindahannya dari Utara London semasa jendela Januari ini.

Advertisement

football.london revealed back in October that Shkodran Mustafi rejected a contract extension at Arsenal, although it’s understood that the offer was to protect the German’s resell value as his deal at the club expires in June 2021Football London

Pemenang Piala Dunia itu menyertai Arsenal pada tahun 2016 dari Valencia, tetapi situasi dan perkembangan semasa seolah memberi bayangan bahawa pemergiannya akan tiba dalam masa terdekat tahun ini (2021).

Mustafi adalah pertahanan tengah berpengalaman yang telah memenangi dua gelaran Piala FA bersama The Gunners.

Tetapi ketika ini dia mendapati dirinya tidak lagi menjadi pilihan di bawah pengurus Mikel Arteta, itulah sebabnya ia kelihatan seperti masa yang tepat untuk dia meninggalkan Stadium Emirates.

Walaupun pada awal ketibaannya menjadi pujaan peminat namun kini semuanya berubah dengan beberapa aksi kesilapan individu yang sering terjadi di atas persembahannya yang hebat.

Lebih malang, semenjak pemergian pengurus lagenda Arsenal Arsene Wenger, beliau tidak lagi menjadi pemain pilihan dan sering dicemuh apabila beraksi.

Advertisement

Kini, Lazio boleh menjadi destinasi yang ideal untuknya walaupun pada tahap kariernya jauh dari keunggulan Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya Mustafi menyertai kelab Itali itu, dia akan bersama dengan sebuah pasukan berkualiti yang berada di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini.

Pilihan penyokong Arsenal di media sosial mengatakan bahawa dia harus dijual ketika masih mendapat minat dan permintaan ketika ini.

Berikut adalah beberapa peminat The Gunners yang membincangkan mengenai isu perpindahan Mustafi:

Advertisement

Terlalu banyak permintaan yang mahukan dia meninggalkan Stadium Emirates dengan segera ketika ini dan ini juga dapat dilihat daripada (sebahagian) komen-komen yang dibuat pada tampalan status twitter di atas.

Adakah anda juga merasakan Arsenal patut melepaskan Mustafi pada jendela ini ataupun memujuk pemain itu untuk menandatangani kontrak baharu (kekal)?