Reaksi penyokong dan peminat Arsenal apabila Norton-Cuffy menandatangani kontrak.

Brooke Norton-Cuffy telah menandatangani kontrak profesional pertamanya.

Pemain pertahanan kanan berusia 17 tahun itu telah menikmati musim 2020/21 yang luar biasa setakat ini, membuat penampilan sulungnya untuk skuad bawah 18 tahun pada bulan Oktober, sebelum membuat debutnya untuk skuad bawah 23 tahun ketika berusia 16 tahun menentang Liverpool.

Brooke adalah pertahanan kanan yang kuat dan teknikal serta telah memenangi empat daripada lima perlawanan Liga Perdana 2 setakat ini.

Pemain antarabangsa England Bawah 16 tahun, Norton-Cuffy telah berada di Arsenal sejak berusia sembilan tahun dan kini telah menyerahkan masa depannya bersama The Gunners apabila menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab.

Pun begitu, tidak jelas berapa lama kontrak tersebut diberikan kepadanya.

Norton-Cuffy telah menghantar mesej di laman Twitternya, memberitahu peminat betapa berertinya bukan hanya untuk merealisasikan impiannya menjadi pemain bolasepak profesional, tetapi juga untuk melakukannya dengan kelab yang telah dia sertai selama lapan tahun.

Bermain enam kali untuk pasukan bawah 18 tahun musim ini, Norton-Cuffy kini menjadi pemain tetap dalam skuad simpanan, sesuatu yang mengagumkan kerana usianya yang masih muda.

Dia kini mempunyai enam penampilan untuk skuad Bawah 23 Tahun.

Kami mengucapkan tahniah kepada Norton-Cuffy atas kontrak profesional pertamanya dan berharap dia akan terus berkembang maju.

Berikut adalah reaksi peminat dan penyokong mengenai Norton-Cuffy menandatangani kontrak profefsional bersama Arsenal.

Chris Wheatley pun sama beri sokongan kepada Norton-Cuffy.

Reaksi lain.

Lebih bagus dari Bellerin.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment