Saka Aubameyang ber’Partey’.

Arsenal berjaya menewaskan Newscastle 3-0 awal pagi tadi.

Kemenangan yang sangat diperlukan bagi seluruh pasukan dan peminat serta penyokong Arsenal setelah prestasi tidak menentu ketika ini.

Sebelum perlawanan pagi tadi, The Gunners hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menerima kunjungan Crystal Palace, minggu lalu (15 Januari 2020).

Bagaimanapun, bertemu skuad kendalian Steve Bruce awal pagi tadi, anak buah Mikel Arteta nyata bertenaga untuk memungut tiga mata berharga.

Semalam kami menulis mengenai pemain ini boleh menjadi Mesut Ozil versi 2.0 dan sehari sebelum itu, tulisan mengenai fungsi Pierre-Emerick Aubameyang juga kami bincangkan.

Namun awal pagi tadi, nyata penyerang Gabon ini membalas kritikan yang kami lontarkan kepadanya.

Aubameyang kembali mendapatkan jaringan dengan dua gol ketika Arsenal mencatatkan kemenangan selesa 3-0 mengatasi Newcastle.

Walaupun Aubameyang sudah menggandakan jaringannya musim ini, namun gandingan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka mencuri tumpuan apabila Saka turut meledak gol kedua.

“Apabila kami menang, mereka meletakkan kembali senyuman di wajah saya,” kata Arteta mengenai impak dihasilkan Smith Rowe dan Saka.

“Saya tahu apa yang boleh mereka lakukan. Mereka meningkat dengan sangat baik, itu pujian buat mereka, kepada rakan sepasukan dan sesiapa sahaja yang terbabit membantu mereka meningkat dan mempertahankan mereka.

“Persembahan ditunjukkan memang menakjubkan.”

Newcastle kekal di kedudukan penyingkiran selepas sembilan perlawanan tanpa menang walaupun Steve Bruce melakukan lapan perubahan.

Bruce berkata “sarung tangan sudah dibuka” selepas membuat analisis mengenai persembahan skuadnya yang menjadi pasukan tunggal kalah kepada Sheffield United dalam Liga Perdana musim ini minggu lalu.

Saka semakin berbisa.

Dengan memperolehi kemenangan pagi tadi, Arsenal kini melonjak naik ke zon yang lebih selesa selepas berdepan dengan pertarungan bagi mengelak penyingkiran kurang sebulan lalu.

Namun 13 mata daripada keseluruhan 15 mengangkat skuad kendalian Arteta ke kedudukan ke-10 dan hanya tujuh mata daripada empat kedudukan teratas.

Kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris.
Kehadiran Partey yang pulih dari kecederaan memberikan kesan kepada jentera serangan dan tengah Arsenal.
Gandingan ubi muda, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka mencuri tumpuan.

Arsenal 3 – 0 Newcastle | EPL Highlights | Astro SuperSport |

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment