“Saya sedia berjuang” – Rob Holding.

Bintang Arsenal laung amaran kepada ‘seteru’ dalam posisinya.

Arsenal sejak 2016 telah membawa masuk beberapa pemain pertahanan baharu dalam usaha mengukuhkan posisi tersebut.

Ketika Arsene Wenger masih berkuasa pada musim 2016/17, beliau telah membawa tiga pertahanan baharu termasuklah pemain pertahanan termahal yang pernah dibelanjakan kelab, Shkodran Mustafi.

Pada musim itu juga Wenger turut membawa masuk dua pertahanan muda iaitu Cohen Bramall (berusia 20 tahun ketika itu) dan Rob Holding (19 tahun ketika itu).

Namun Mustafi lebih cemerlang dan mempamerkan aksi memukau setaraf dengan nilai serta pengalaman yang dimilikinya.

Bagaimanapun, Holding turut mencuri tumpuan dengan berjaya mempamerkan aksi cemerlang disamping berjaya menempatkan diri dalam pasukan utama The Gunners berbanding Bramall.

Saat ketika Holding mula mencuri tumpuan peminat dan penyokong Arsenal.

Musim berikutnya (2017/18), Wenger terus berusaha mengukuh pertahanan pasukan dengan membawa masuk dua lagi pemain pertahanan iaitu Konstantinos Mavropanos dan Sead Kolasinac.

Musim 2018/19, Unai Emery membawa masuk Stephan Lichtsteiner, Sokratis Papastathopoulos untuk pasukan utama dan Joel López pula untuk pasukan remaja.

Kemudian kita menyaksikan kemasukan David Luiz, William Saliba dan Kieran Tierney pada musim 2019/20.

Untuk musim ini, 2020/21 Arsenal membawa Pablo Marí, Gabriel, Omar Rekik, Jonathan Dinzeyi dan Cédric pada posisi pertahanan.

Jumlah tersebut menyaksikan kita memiliki tujuh permain pertahanan tengah ketika ini.

Senarai pemain pertahanan Arsenal musim 2020/21.

No. Jersi Pemain Posisi Umur
2 Héctor Bellerín (vice-captain) RB / RWB 25
3 Kieran Tierney LB / LWB 23
5 Sokratis Papastathopoulos CB 32
6 Gabriel CB 23
16 Rob Holding CB 25
17 Cédric Soares RB / RWB 29
20 Shkodran Mustafi CB 28
21 Calum Chambers CB / DM 25
22 Pablo Marí CB 27
23 David Luiz CB 33

Kebanjiran pemain pertahanan di Emirates bagaimanapun tidak merisaukan Rob Holding apabila beliau telah menghantar pesanan jelas kepada rakan sepasukan dalam posisinya.

Pemain berusia 25 tahun itu baru-baru ini menjadi pemain utama untuk Arsenal dan baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners, yang mendorongnya untuk mendedahkan beberapa perkara menarik dalam wawancara dengan Telegraph.

Secara keseluruhan, Holding terkenal dengan sikap merendah diri dengan mentaliti yang baik, dan itu disimpulkan dengan responsnya terhadap beberapa penambahan baharu yang dibuat pada bahagian pertahanan tengah sejak kebelakangan ini.

Holding bukanlah pemain tetap (pilihan utama) bagi Arsenal, dengan pemain seperti Gabriel Magalhaes, David Luiz dan Pablo Mari lebih banyak diberi peluang sebelum itu.

Situasi tersebut nyata menggugat kedudukannya setelah kita semua menyaksikan beliau sebelum ini terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan.

Walaupun begitu, pemain antarabangsa England Bawah-21 telah berjaya bangkit dan menempatkan diri dalam kesebelasan utama untuk sebahagian besar musim ini, dengan menampilkan beberapa aksi menakjubkan.

Sikapnya yang kompetitif memberikan gambaran yang baik tentang bagaimana dia mengatasi halangan serta mencapainya (menjadi pilihan utama).

Statistik dan rekod penampilan Holding musim 20/21 (setakat ini).

“Saya telah bertahan dan berjaya dalam setiap kali (kemasukan pemain baharu),” katanya kepada Telegraph.

“Adalah wajar bagi pemain bolasepak untuk melihat seseorang [pemain baharu] menyertai kelab anda untuk posisi yang anda bermain dan meragui sama ada anda dikehendaki atau tidak.

“Sama ada anda akan bermain ataupun tidak.

“Tetapi, saya tidak melihatnya dan menganggap itu semua titik noktah untuk saya menyerah kerana kami menandatangani pemain pertahanan baharu.

“Saya bersedia untuk berjuang.

“Sekiranya saya telah memberikan 100% yang terbaik yang boleh saya lakukan, dan pemain itu masih mengatasi saya [peluang bermain, menjadi pilihan], maka saya akan mengangkat tangan saya dan berkata OK, mungkin dia lebih baik daripada saya.

“Tetapi saya tahu saya dapat melihat diri saya di cermin malam itu dan mengatakan bahawa saya memberikan yang terbaik pada hari itu. “

Arsenal boss Arsene Wenger jokes that he is sorry new signing Rob Holding wasn’t an expensive purchase.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment