Tarikh untuk perpindahan Mesut Ozil harus diselesaikan.

‘AssistKing’ dan perancang berbisa Arsenal sah berpindah ke Turki.

Mesut Ozil kini dalam kuarantin wajib di Turki dan harus melengkapkan perpindahannya dari Arsenal ke Fenerbahce pada hari Jumaat.

Beliau berlepas ke negara itu pada hari Ahad setelah melabuhkan tirai waktunya sebagai pemain Arsenal.

Ozil tahu bahawa dia tidak akan bermain ataupun beraksi lagi bersama pasukan utama Arsenal sekiranya terus kekal di Emirates setelah menghabiskan separuh musim dengan hanya menjalani latihan sahaja.

Namun, daripada menunggu hingga musim panas nanti untuk meninggalkan Arsenal, pemain Jerman itu telah memutuskan untuk berpindah ke gergasi Turki, Fenerbahce.

Ozil berulang kali mengatakan bahawa beliau adalah peminat Fenerbahce semenjak kecil walaupun dibesarkan di Jerman dan telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke kelab itu.

Sky Sports mengatakan bahawa urusan perpindahannya terpaksa ditangguhkan disebabkan pengasingan diri (kuarantin) yang terpaksa dilaluinya dan beliau seharusnya dapat melengkapkan serta menandatangani perjanjian baharunya pada hari Jumaat minggu ini.

Perpindahannya dari Utara London akan membantu Arsenal menjimatkan sejumlah wang kerana pemain Jerman itu memperolehi £ 350,000 seminggu di Emirates.

Bersama Fenerbahce, beliau akan memperolehi £ 67,300 seminggu menjadikan jumlah keseluruhan £ 3.5 juta setahun.

Kedua-dua pasukan belum mengumumkan mengenai perpindahan itu, tetapi nampaknya semuanya telah selesai sekarang memandangkan aktiviti media sosial yang rancak di kemaskini Ozil mengenai kelab baharunya.

Itu termasuklah gambar-gambar beliau menayangkan mafela Fenerbahce.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment