Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Temubual bersama Mircea Lucescu

Published

on

Mircea Lucescu, salah seorang pengurus terbaik di dunia, menceritakan pengalamannya selama 40 tahun sebagai seorang pengurus.
Adakah anda sentiasa tahu yang anda akan menjadi seorang pengurus?

Ya, saya sentiasa mengetahuinya. Saya sentiasa seorang ‘pemikir’ dalam bolasepak. Saya suka menganalisanya. Bukan sekadar peluang yang membolehkan saya menjadi kapten pasukan kebangsaan pada usia 24 tahun. Saya suka mengumpulkan semua pemain di dalam bilik saya dan bercakap mengenai perlawanan.

Bagaimanakah rasanya menjadi jurulatih Romania semasa zaman komunisme?

Dalam rejim komunisme, setiap kali saya mahu meninggalkan negara bersama pasukan saya akan ada masalah dengan visa. Pihak berkuasa takut beberapa pemain akan meninggalkan negara dan tidak akan kembali lagi. Saya selalu pergi sendiri kepada ahli politik untuk meminta sokongan mereka. Pada satu ketika, saya berbual dengan [bekas jurulatih Real Madrid dan Yugoslavia] Milan Miljanic mengenai liga serantau antara Serbia dan Romania. Saya mahukan pasukan dari bahagian barat Romania bermain menentang pasukan dari timur Serbia, tetapi [presiden] Nicolae Ceausescu mendapat tahu dan sangat tidak gembira. Dia berkata hanya saya yang boleh bercakap mengenai perkara seperti ini, dan saya dipersoal oleh badan persekutuan.

Semasa anda menyertai kelab Serie A Pisa pada tahun 1990, kamu menguruskan Diego Simeone yang masih muda. Apa yang anda buat dengan pemain Argentina itu?

Secara teknikal dia satu malapetaka, tetapi dia seoarang pemain bolasepak yang pintar. Dia bermain di belakang penyerang tetapi dia tidak mempunyai kebolehan yang diperlukan untuk peranan tersebut. Dia tidak mempunyai kebolehan menggelecek atau merembat dengan baik, tetapi dia mempunyai perasaan merasai perlawanan yang hebat. Saya tidak terkejut melihat apa yang telah dia lakukan sebagai seorang pemain di Atletico Madrid dan Inter, dan kemudian sebagai seorang pengurus. Dia sentiasa seorang yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Advertisement
Mircea Lucescu semasa menjadi jurulatih Inter Milan
Andrea Pirlo juga membuat debut untuk Bresica di bawah pengurusan anda.

Saya mengambil berat mengenai Pirlo – dia berusia 15 tahun semasa saya memberikan dia peluang di Bresia. Saya membawanya masuk ke dalam padang dan mempunyai kepercayaan tinggi mengenai apa yang dia boleh lakukan. Dia mempunyai satu karier yang hebat. Pada satu ketika, saya fikir dia berhak memenangai Ballon d’Or.

Anda hanya mengendalikan 22 perlawanan sebagai jurulatih Inter pada 1998/99. Apakah yang terjadi?

[Presiden] Massimo Morrati berkata hanya saya yang memahami Roberto Baggio, dan yang saya adalah pengurus kegemarannya. Kami menjaringkan 25 gol dalam lima perlawanan di tempat sendiri dan bermain bolasepak gaya menyerang, tetapi akhbar mendakwa yang Marcelo Lippi akan mengambil alih pada penghujung musim. Terdapat 10 orang pemain yang akan tamat kontrak pada musim panas, dan mereka semua datang kepada saya. Moratti sukakan semua pemain nombor 10-nya – setiap presiden bersikap begitu, saya rasa! Kami mempunyai empat orang di posisi nombor 10, jadi agak sukar untuk memainkan mereka semua pada masa yang sama. Mustahil.

Bagaimanakah rasanya melatih Ronaldo?

Dia sangat seronok untuk dilihat – malangnya, sangat singkat tempoh latihannya bersama saya. Dia mempunyai hubungan istimewa dengan Moratti. Kami bermain menentang Manchester United dalam Liga Juara-Juara Eropah, dan saya memasukkan Nicola Ventola bagi menggantikan Ronaldo. Dia mahu bermain tetapi tidak mahu berlatih, jadi saya menukarkan dia. Dia meninggalkan stadium dan terus ke lapangan terbang, dan ke Brazil. Bila saya tanya di mana dia berada, orang di kelab mengatakan presiden membenarkan dia pergi kerana ibunya sakit. Semasa hari karnival, dia tetap akan berada di Rio.

Anda menguruskan Shahktar Donetsk selama 12 tahun, memenangi lapan kejuaraan liga dan Piala UEFA 2009.

Kelab berkembang dengan sangat baik dan pemilik kelab, Rinat Akhmetov, berhak menerima penghargaan. Kepuasa saya adalah kami berupaya membina pasukan sebanyak tiga kali. Pemain pergi, tetapi yang lain datang dan kami membuat sehingga menjadi. Presiden seorang yang sangat pintar dan tidak pernah membuat keputusan berdasarkan emosi. Ia mungkin berbeza sepenuhnya jika Shakhtar tidak dipaksa berpindah ke seluruh Ukraine selepas konflik ketenteraan yang bermula di Donbass. Kepuasa saya adalah melihat lima orang bekas pemain saya berada dalam skuad kebangsaan Brazil. Jika satu atau dua, mungkin kebetulan. Tetapi lima? Saya rasa hasil kerja saya membuahkan hasil. Fernandinho pernah menghantar pesanan kepada saya, berterima kasih atas sumbangan saya terhadap kariernya. Anda tidak akan tahu bagaimana perasaan saya mengenai perkara itu.

Bagaimana sukarnya sebagai pengurus Shakhtar selepas perang bermula, apabila ramai pemain tidak mahu kembali ke Ukraine?

Ejen-ejen cuba untuk membawa pemain-pemain mereka keluar dari kelab. Pada satu malam, saya bangun pada pukul 2 pagi dan diberitahu, “Para pemain mahu keluar.” Saya berasa marah. Saya menjelaskan segalanya kepada mereka. Saya memberitahu mereka yang saya akan melakukan segalanya untuk membantu mereka pergi ke pasukan-pasukan besar, seperti yang selalu saya lakukan – tetapi bukan macam ini, bukan dengan cara melarikan diri. Saya sangat bertuah kerana dapat meyakinkan pemain yang sangat saya perlukan untuk kekal.

Advertisement
Bagaimana pula hubungan anda dengan semua pengurus hebat di dunia?

Jika sesiapa memerlukan apa-apa maklumat mengenai seorang pemain, sudah tentu kami akan berbual. Baru-baru ini, saya mula rapat dengan Sir Alex Ferguson. Kami selalu berbual – di mesyuarat UEFA, kami yang paling tua!

Sekarang kamu mengendalikan musuh utama Shakhtar, Dynamo Kiev. Kenapa?

Saya rindu untuk melatih sejak saya meninggalkan pasukan kebangsaan Turki, dan rasa hebat semula di Ukraine. Dynamo mempunyai ramai pemain remaja dan saya mahu mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri mereka. Shakhtar merupakan satu cerita yang menakjubkan bagi saya, tetapi ia perkara yang lepas. Saya tidak boleh melupakan apa yang telah berlaku di sana, tetapi saya seorang pengurus profesional. Dynamo dalam keadaan yang sukar, jadi saya mahu melakukan sesuatu yang baik kepada mereka.

Ultras Dynamo mengadakan bantahan mengenai perlantikan kamu. Bagaimana perasaan kamu?

Saya tidak mempunyai masalah dengan para peminat. Saya sedar yang cabaran ini bukan semua orang boleh ambil. Saya berharap para peminat boleh mempertimbangkan semula dan menghargai keberanian saya melakukan ini. Saya mahu bekerja dari hari ke hari, dan saya berharap kesihatan saya membenarkannya. Saya fikir orang yang sudah berusia 70 tahun dan ke atas paling memahami saya dan akan menjadi peminat terbesar saya! Ia memerlukan keberanian untuk melakukan apa yang saya lakukan.

Mircea Lucescu bersama pasukan jurulatih Dynamo Kiev

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply