Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Tottenham perlu seorang pemain seperti Christian Eriksen

Published

on

Glenn Hoddle berpendapat Tottenham perlu membawa seorang lagi Christian Eriksen, dan James Ward-Prowse dilihat sebagai pemain yang sesuai.

Spurs dan Christian Eriksen berpisah pada jendela perpindahan musim sejuk 2020.

Eriksen, selepas enam tahun setengah yang produktif di England, telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani kontrak baru dan membuka peluang dirinya untuk menyahut cabaran di Serie A bersama Inter Milan.

Namun begitu, perpindahan tersebut tidak menjadi seperti yang dirancangkan, dan kini ada yang mengatakan dia bakal kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris, tetapi agak sukar untuk dia pulang ke Tottenham semula.

Advertisement

Glenn Hoddle percaya Jose Mourinho perlu memerlukan pemain seperti itu, walaupun Spurs kekurangan pilihan pemain yang boleh memegang bola untuk melengkapi pemain yang bersifat bersaing di bahagian enjin tengah pasukan.

Dia percaya yang kapten Southampton Ward-Prowse boleh memenuhi kriteria yang diperlukan oleh skuad pengejar kejuaraan liga ini, tetapi mengakui persoalan ini tidak mungkin dijawab the Saints dengan terbukanya satu lagi jendela perpindahan.

Ditanya oleh Evening Standard apa yang diperlukan Spurs, pemain legenda kelab ini berkata: “Saya mungkin mencari seorang pemain yang boleh membuat hantaran bola. Seseorang seperti Bruno Fernandes.

“Apabila Christian Eriksen beraksi di tahap sebenarnya dalam dua setengah musim, dia boleh membuat hantaran yang bagus kepada Dele Alli atau Harry Kane atau kepada sesiapa yang membuat larian.

Advertisement

“Saya tidak pasti jika dia pemain yang dimahukan Jose Mourinho. Mereka mempunyai pemain yang baik di sana, tetapi Giovani Lo Celso dan Tanguy Ndombele adalah berbeza, mereka lari bersama bola, mereka memegang bola. Tetapi seseorang yang boleh mencederakan kamu dengan hantaran bola, adalah seorang pemain kreatif sebenar.

“Saya sudah bercakap sebelum ini, saya tidak fikir yang Jose akan menyukai dia tetapi pemain ini di Southampton, James Ward-Prowse, boleh menjadi aset utama. Dia dan Pierre-Emile Hojbjerg boleh menjadi keseimbangan yang baik.”

Ward-Prowse merupakan pemain skuad senior antarabangsa England, telah memiliki empat cap untuk negaranya, dan baru sahaja berumur 26 tahun walaupun sudah bermain sembilan kempen liga teratas bersama the Saints.

Dia juga pernah bermain dengan Hojbjerg sebelum ini, dengan pemain antarabangsa Denmark ini berpindah ke Stadium Tottenham Hotspur pada musim panas 2020.

Pakar sepakan percuma seperti James Ward-Prowse mungkin boleh menjadi aset penting Spurs

Advertisement