Usaha membawa masuk Odegaard satu risiko.

Bekas penyerang Arsenal, Kevin Campbell mengatakan kemasukan pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard adalah perjudian.

Pemain antarabangsa Norway itu difahamkan akan menyertai Arsenal secara pinjaman hingga akhir musim ini.

Walaupun perkembangan itu mendapat reaksi positif dan keterujaan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal, namun tidak bagi bekas penyerang The Gunners ini.

Campbell memberitahu Metro: “Ada risiko kerana anda tidak pernah tahu bagaimana dia akan beraksi ketika bermain di Liga Perdana Inggeris.”

Dia juga mengatakan tentang kemunculan Emile Smith Rowe: “Fakta bahawa Smith Rowe telah melakukannya dengan baik setakat ini hanyalah bonus.

“Pemain itu masih muda dan dia akan berhenti [prestasinya] sama ada cepat atau lambat, walaupun kita tidak mahu perkara itu berlaku [dengan cepat].

“Lihat saja perlawanan terbaru menentang Crystal Palace.

“Dia tidak begitu klinikal seperti mana dalam perlawanan lain. “

Namun penulis merasakan Arsenal dan Arteta khususnya, sememangnya memerlukan No.10 dan dengan kemasukan Odegaard (walaupun secara pinjaman), sekurang-kurangnya ia mampu memberi pilihan kepada pengurus pasukan selain meringankan beban Smith Rowe.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment