Aubameyang sudah hilang ‘sengatan berbisanya’ – Jamie Redknapp

Jamie Redknapp percaya Pierre-Emerick Aubameyang telah melepasi “tahap terbaiknya” dan berasa penyerang Arsenal ini sudah kehilangan “kuasa supernya”.

Aubameyang, 31, menanggung petang yang sukar semasa Arsenal tewas 1-0 kepada Manchester City pada Ahad lepas, gagal membuat sebarang percubaan tepat ke arah gol, dikawal rapi oleh dua pertahanan tengah City iaitu John Stones dan Ruben Dias.

Raheem Sterling menanduk gol kemenangan perlawanan ini seawal minit ke-2 perlawanan selepas menerima hantaran lintang kemas Riyad Mahrez.

Penyerang antarabangsa Gabon ini lebih baik pada minggu lepas, menjaringkan hat-trick dalam kemenangan 4-2 ke atas Leeds, tetapi persembahannya sepanjang musim ini agak tidak konsisten dan Redknapp fikir faktor usia antara puncanya.

“Aubameyang telah melepasi tahap terbaiknya,” kata pakar the Sky Sports ini.

“Dia akan merasai masanya, dia akan mendapat hat-trick. Tetapi apabila kadang-kadang melihat dia, dia seperti kehilangan kuasanya.

“Saya lihat dia berlari melepasi pemain lawan semasa dia pertama kali datang ke Liga Perdana Inggeris. Saya lihat dia berlari melepasi pemain di Dortmund. Sekara saya melihat seorang pemain yang kelihatan seperti mahu dibuli.

“Dia merupakan pemain utama kamu, tetapi pemain-pemain seperti [Bukayo] Saka dan [Emile] Smith Rowe, mereka yang mengetuai jalan.”

Aubameyang menjaringkan 11 gol dalam 25 penampilan dalam semua kejohanan musim ini setakat ini.

Be the first to comment