Bournemouth lantik Woodgate sebagai ketua jurulatih sementara

Bournemouth telah melantik Jonathan Woodgate sebagai ketua jurulatih kelab sehingga penhujung musim 2020/21.

Woodgate, berusia 41 tahun, sudah menjadi pengendali sementara sejak pemergian Jason Tindall dan, selepas pencarian secara terperinci dan, peninjauan panjang operasi kelab bolasepak, lembaga pengarah telah membuat keputusan yang dia merupakan orang paling tepat untuk cuba membawa mereka kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Sejak mengambil alih, Woodgate telah membawa Bournemouth ke pusingan suku akhir Piala FA, pertama kali sejak 1957 – dan buat kali kedua dalam sejarah mereka – sambil mengutip tujuh mata dari empat perlawanan Championship.

The Cherries sekarang ini menduduki tempat ketujuh dalam carta liga the Championship, walaupun kalah buat pertama kali di bawah Woodgate di QPR pada Sabtu lepas, dalam usaha mereka untuk naik kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas tersingkir pada musim lepas.

Ketua eksekutif Bournemouth Neill Blake memberitahu laman sesawang rasmi kelab: “Profesionalisme dan kepimpinan Jonathan telah mengagumkan ahli lembaga pengarah sejak mengambil alih peranan sebagai pengurus sementara dalam situasi yang sukar..

“Persembahan pasukan dan keputusan perlawanan telah bertambah baik di bawah kendaliannya, dan walau kami tewas di Queens Park Rangers pada hari Sabtu lepas, namun persembahan yang ditunjukkan sepatutnya boleh mendapat keputusan yang lebih baik.

“Sedang kami menuju ke bahagian penting musim ini, kestabilan dan kejelasan sangat penting untuk semua orang di kelab. Dengan kesemua itu di dalam minda, dan setelah menyimpulkan pencarian yang luas untuk pengurus baru, kami percaya Jonathan adalah calon terbaik untuk mengetuai pasukan untuk baki 15 perlawanan musim ini.”

Bournemouth dijangka tidak akan membuat sebarang pertambahan kakitangan jurulatih berikutan perlantikan Woodgate.

Pendahulunya Tindall, yang merupakan pembantu yang lama berkhidmat untuk bekas pengurus kelab Eddie Howe, telah dipecat pada awal bulan ini selepas menyaksi empat kekalahan berturut-turut.

Jason Tindall (kiri) bersama Jonathan Woodgate semasa sesi latihan kelab

Bournemouth telah meminta izin untuk bercakap dengan boss Montreal Thierry Henry, manakala bekas rakan sepasukannya di Arsenal iaitu Patrick Vieira dan bekas pengurus Huddersfield David Wagner juga dalam senarai pendek the Cherries.

Woodgate memulakan karier pengurusannya di Middlesbrough pada 2019 selepas dinaikkan dari peranannya sebagai pembantu, tetapi telah dipecah kurang dari setahun kemudian, dengan kelab berlegar-legar di atas zon penyingkiran the Championship.

Bekas pemain pertahanan Real Madrid, Tottenham, dan Leeds ini hanya tiba di Bournemouth – pada awalnya sebagai jurulatih pasukan utama – dua hari sebelum Tindall dipecat.

Be the first to comment