Connect with us

Arsenal

Inter Miami intai peluang dapatkan khidmat Kieran Gibbs

Published

on

Pasukan Inter Miami milik David Beckham dilaporkan menanti peluang mendapatkan pemain pertahanan West Bromwich Albion Kieran Gibbs secara percuma pada musim panas ini.

The Baggies bersedia melepaskan Gibbs pada bulan lepas bagi memansuhkan sejumlah gaji yang besar dalam buku mereka tetapi gagal mencapai kata persetujuan dengan kelab MLS tersebut mengenai potensi perpjndahan, menurut media The Athletic.

Laporan tersebut juga mendakwa syarat-syarat tawaran tersebut tidak menarik minat Gibbs, yang kini akan melihat baki lima bulan lagi dalam perjanjiannya bersama the Baggies.

Pasukan yang sedang diancam kejatuhan liga Albion berasa lebih lega dan gembira untuk melepaskan Gibbs secara percuma pada musim panas ini kerana dia merupakan salah seorang penerima gaji tertinggi di kelab.

Advertisement

Kontrak sedia ada Gibbs bersama West Brom berbaki enam bulan lagi, dan bermakna dia bebas untuk bercakap dengan kelab-kelab lain.

Inter Miami dilaporkan akan mencuba sekali lagi nasib mereka untuk menyakin bekas pemain Arsenal ini untuk sertai mereka pada Jun akan datang. 

The Baggies mahu membawa masuk pemain bek kiri Chelsea Marcos Alonso sebagai penggantinya musim lepas tetapi pemain Sepanyol ini mendapat ‘nafas baru’ di bawah Thomas Tuchel yang menamatkan sebarang harapan perpindahan pada musim panas nanti.

Sejak bermain kesemua empat perlawanan the Baggies sebelum hari terakhir jendela perpindahan Januari, Gibbs kini telah dikeluarkan dari skuad oleh Conor Townsend.

Pemain bek kiri ini tidak berada di bangku simpanan semasa pasukannya tewas 2-0 kepada Tottenham pada Ahad lepas dan kini mungkin tidak akan bermain lagi pada baki kempen ini.

Advertisement

Gibbs, yang memenangi dua Piala FA dan dua Perisai Komuniti bersama Arsenal, telah membuat 100 penampilan untuk the Baggies sejak perpindahannya dari the Emirates pada 2017.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply