Lukaku menyamai rekod 71 tahun Inter Milan

Penyerang berbisa Inter Milan, Romelu Lukaku menempa nama lagi dalam sejarah kelab selepas membantu pasukan menang 3-0 lawan Milan.

Romelu Lukaku menjadi pemain pertama Inter dalam tempoh 71 tahun menjaringkan dalam empat perlawanan derbi Milan berturut-turut semasa mereka menewaskan pasukan seteru satu kota itu 3-0 untuk melebarkan jarak mata pendahulu Serie A.

Lukaku menjaringkan gol ketiga Inter selepas dua gol Lautaro Martinez untuk mengesahkan kemenangan selesa buat pasukan Antonio Conte di San Siro.

Kemenangan ini meletakkan Inter mendahului Milan dengan empat mata di puncak liga dalam usaha mereka mencari kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 11 tahun.

Jaringan gol solo menarik Lukaku bukan sahaja mengukuhkan kawalan mereka menentang Milan, tetapi juga meletakkan dia dalam satu lagi tempat dalam buku sejarah kelab..

Pemain antarabangsa Belgium ini merupakan pemain pertama sejak Benito Lorenzi pada 1950 untuk menjaringkan gol dalam empat perlawanan derbi Milan secara berturut-turut.

Pemain terakhir yang melakukannya dari salah satu pasukan adalah bekas penyerang Milan Romeo Bonetti pada 1972-73.

Tiga daripada empat perlawanan tersebut hadir pada musim ini, dengan gol Lukaku dalam kemenangan Coppa Italia juga diingati kerana pertengkaran hangat dengan penyerang Milan Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang berusia 27 tahun ini sangat menyinar bersama Inter sejak menyertai mereka dari Manchester United pada musim panas 2019 dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Dia kini sudah menjaringkan 57 gol dalam 81 penampilan, masih segar dari menjaringkan gol kariernya yang ke-300 menentang Lazio pada hujung minggu lepas, dan jaringan gol terbaru ini bermakna dia menduduki tempat teratas carta penjaring gol Serie A musim ini dengan 17 gol dalam 22 perlawanan.

Gaya Lukaku meledak gol ketiga pasukannya semalam

Kemenangan perlawanan derbi sentiasa penting, tetapi kemenangan ini membawa kepentingan yang lebih besar untuk Inter yang mencari jalan untuk memusnahkan dominasi hebat kejuaraan Serie A yang dipegang Juventus.

The Nerazzurri telah memenangi empat perlawanan liga terakhir mereka untuk meletakkan empat mata menjarakkan mereka dengan Milan dengan baki 15 perlawanan lagi.

Perlawanan pada hari Ahad lepas juga menambah jumlah jaringan gol merekaka musim ini ke 57 gol. Hanya dua kali mereka pernah menjaringkan sebegitu banyak gol selepas 23 perlawanan liga musim yang sama, iaitu pada 1949-50 dan 1950-51.

Inter akan kembali ke aksi Serie A di laman sendiri menentang pasukan di tangga ke-11 iaitu Genoa pada 28 Februari, manakala Milan akan berkunjung ke Roma pada hari yang sama.

Be the first to comment