Connect with us

La Liga

Real Madrid buru khidmat Pau Torres

Published

on

Pau Torres, pemain pertahanan tengah sedang meningkat naik, dalam radar utama Real Madrid, yang mahu meningkatkan kekuatan pertahanan pasukan.

Real Madrid sedang mengintai peluang mendapatkan pemain pertahanan Villarreal Pau Torres, sedang spekulasi Sergio Ramos berpindah keluar dari Real masih berterusan.

Los Blancos terus melakukan pemerhatian dekat ke atas pemain antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun ini, dengan pasukan bimbing Zinedine Zidane ini mungkin akan terlibat dalam pasaran pemain bagi mencari seorang pemain tengah untuk menambah pilihan mereka di La Liga.

Walaubagaimanapun, Madrid mungkin berdepan tugasan sukar dengan yuran permintaan Villarreal, dengan Unai Emery pemain utama pertahanan mereka ini meninggalkan kelab di bawah harga penilaian mereka.

Advertisement

Torres, produk sistem akademi Villarreal, sebelum bernilai dengan klausa perlepasan sebanyak €50 juta, tetapi kini menyaksikan nilainya semakin naik sehingga €65 juta berikutan debut antarabangsanya.

Madrid berharap hubungan erat di antara dua kelab membolehkan mereka menawarkan dengan harga yang lebih rendah, terutama dalam pasaran sekarang, menyaksikan perpindahan dengan yuran permintaan sekarang boleh memecahkan rekod pembelian mereka untuk seorang pemain pertahanan.

Kontrak sediaadanya adalah sehingga 2024, walaubagaimanpun, Villarreal kurang berminat untuk berpisah dengan Torres, yang menjadi aset penting dalam mana-mana kempen Eropah yang mereka layak sertai nanti – walaupun aspirasi Liga Juara-Juara semakin pudar selepas rentetan keputusan perlawanan yang tidak bagus.

Berapa lama tempoh keinginan Madrid untuk mendapatkan Torres bergantung kepada usaha mereka untuk meyakinkan kapten kelab Sergio Ramos untuk menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalnya di ibu negara Sepanyol, keputusan yang semakin sukar untuk didapati sedang kempen terus berlangsung.

Advertisement
Real Madrid masih mengharap khidmat Sergio Ramos pada musim hadapan

Kontrak semasa pemain pertahanan tengah yang paling lama berkhidmat ini akan tamat pada penghujung kempen ini, dengan pelbagai laporan mengaitkan dia dengan perpindahan keluar semasa dia mahu meneruskan karier bermainnya pada usia 34 tahun.

Setakat ini, Torres adalah salah satu pilihan pemain pertahan yang disebutkan akan ke Madrid, bersama-sama David Carmo (Braga) dan Jules Kounde (Sevilla), andainya Ramos mengakhiri kariernya di kelab.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply