Connect with us

Arsenal

Red Star Belgrade memohon maaf terhadap Zlatan Ibrahimovic

Published

on

Red Star Belgrade pantas memohon maaf kepada Zlatan Ibrahimovic atas insiden cemuhan yang diterimanya pada Khamis lepas.

Red Star Belgrade telah mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf atas cacian perkauman yang ditujukan kepada penyerang AC Milan Zlatan Ibrahimovic semasa perlawanan Europa League mereka pada Khamis lepas (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Ibrahimovic berada di bangku simpanan dan tidak diturunkan dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan terakhir itu, yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Belgrade. 

Tetapi kamera dapat menangkap aksi seorang peminat yang menjerit penghinaan etnik kepada Ibrahimovic, yang mempunyai pertalian di Bosnia.

Advertisement

 Dalam satu kenyataan kelab Serbia itu berkata: “Red Star dengan tegas mengutuk cacian penghinaan terhadap Zlatan Ibrahimovic semasa perlawanan Europa League dengan AC Milan.

“Pihak kelab melakukan segalanya dalam bidang kuasanya untuk mengendalikan acara ini pada tahap tinggi dan kami tidak akan membenarkan individu primitif mencemarkan keramahan tradisional Serbia.

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pesalah tersebut dan kami juga akan menekankan yang dia akan dihukum sepenuhnya mengikut undang-undang.

“Red Star sekali lagi dengan ikhlas memohon maaf kepada Zlatan Ibrahimovic dan kami menekankan yang pihak kelab mempunyai toleransi sifar terhadap perlakuan seperti ini pada masa akan datang.”

Advertisement

Penyerang veteran ini dilahirkan di Sweden dari seorang ibu Katolik Croatia dan seorang bapa Muslim Bosnia. 

Peminat yang mencemuh Ibrahimovic menggunakan istilah pejoratif bagi umat Islam Bosnia, dengan video menunjukkan Ibrahimovic tidak bertindak terhadap komen cemuhan peminat tersebut.

Negara-negara yang ada sekarang ini seperti Serbia, Croatia, dan Bosnia-Herzegovina, antara yang lain, pernah menjadi sebahagian daripada Yugoslavia sebelum perpecahannya pada awal 1990-an.

Pada awal 1990-an juga menyaksikan satu peperangan berdarah yang melibatkan beberapa negara dari bekas Yugoslavia, yang masih lagi diingati oleh kebanyakan populasi di rantau tersebut.

Advertisement