Connect with us

Arsenal

Minat sahaja tidak mencukupi.

Published

on

Tiada lagi rahsia mengenai minat Arsenal terhadap pemain penyerang RB Leipzig.

Namun sekiranya gagal beraksi dalam saingan tertinggi kelab-kelab Eropah, Arsenal boleh melupakan hasrat tersebut.

Minggu lalu, Sky Germany melaporkan bahawa Arsenal menunjukkan minat terhadap Christopher Nkunku sebelum dia berpindah ke RB Leipzig dari Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun 2019.

Mampu beraksi di pelbagai posisi menyerang, pemain berusia 23 tahun itu mempunyai tujuh gol dan lapan bantuan gol dalam semua pertandingan musim ini.

Advertisement

Pemantauan The Gunners pada pemain tengah menyerang itu juga telah dilaporkan oleh media yang lebih dekat dengan kelab London itu dengan dakwaan yang dibuat di England telah disampaikan oleh Bild dan mereka memberikan pendirian mengenai kes ini.

Christopher Nkunku could also be drawn to England. According to Sky Infos, Arsenal FC had already had an eye on the young striker before he moved from Paris Saint-Germain to Leipzig.Sky Sport

Ia mendakwa ‘minat tidak mengejutkan’ yang dikhabarkan, memandangkan penampilannya yang baik untuk pasukan Bundesliga.

Namun, kemungkinan pemain Perancis menukar kelab pada musim panas ini adalah ‘tidak mungkin’.

Menurut Bild, belum ada ‘khabar angin’ yang mengaitkan Nkunku dengan kelab Utara London itu kerana tidak ada ‘hubungan’ antara pemain itu dengan Arsenal, dan juga antara kedua-dua pihak, setakat ini.

Selain itu, bekas pemain PSG merasa dirinya selesa bersama Leipzig dan dihargai oleh Julian Nagelsmann.

Media itu jauh menyatakan bahawa perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris (merujuk kepada Arsenal) tidak masuk akal kerana mereka tidak mungkin layak ke Liga Juara-Juara musim depan melalui kedudukan empat teratas, sementara Leipzig akan bermain dalam pertandingan kelab elit Eropah.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply