Connect with us

Arsenal

Kurang ajar!

Published

on

Aaron Ramsdale disepak oleh peminat Tottenham selepas Derbi Utara London.

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale disepak oleh peminat Spurs selepas perlawanan Derbi Utara London malam tadi.

The Gunners meraih kemenangan 2-0 untuk mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris dalam pertembuan penuh sensasi di Stadium Tottenham.

Gol sendiri daripada Hugo Lloris dan satu gol daripada kapten Martin Odegaard mengesahkan kemenangan Arsenal di tempat lawan, sekaligus mempunyai kelebihan selesa untuk memimpin carta liga.

Perlawanan tersebut bagaimanapun dicemari dengan insiden dan adegan yang tidak menyenangkan selepas wisel penamat dibunyikan.

Advertisement

Ramsdale, yang mempamerkan aksi menakjubkan pada perlawanan tersebut dikasari oleh peminat Spurs.

Penjaga gol Arsenal itu pada mula dilihat dikasari oleh pemain gantian Spurs, Richarlison, sebelum berjalan kembali ke gawangnya untuk mengambil tuala dan botol airnya.

Bagaimanapun, ketika Ramsdale melakukan perkara tersebut (mengambil tuala dan botol airnya), seorang peminat Tottenham berjaya memanjat rel di belakang gol dan menendang penjaga gol The Gunners.

Tindakan penyokong Spurs itu, sudah pasti mencetuskan kemarahan daripada Ramsdale dan ia juga melarat sehinggakan terjadi pergaduhan antara pemain tuan rumah dan pelawat seketika selepas itu.

Granit Xhaka jelas kelihatan sangat marah terhadap perkara itu dan dapat dilihat dimana berlaku pertengkaran mulut antara dia dengan Richarlison.

Advertisement

Pemain Arsenal akhirnya berjaya mengawal diri mereka daripada situasi itu dan menuju ke hujung padang untuk meraikan lebih 3,000 penyokong setia yang hadir memberi sokongan.

Video disini (sekiranya paparan dibawah tidak berfungsi).

@mygooners

Insiden Ramsdale disepak penyokong Spurs ♬ original sound – MyGooners

Advertisement