ACLE: JDT BAWA BEKALAN DUA GOL KE HIROSHIMA
Lain-lain UTAMA

ACLE: JDT BAWA BEKALAN DUA GOL KE HIROSHIMA

Izzati 5 Mar 2026 109 tontonan 1 min baca
Malah, kemenangan ini turut menyaksikan JDT membalas dendam terhadap lawan sama itu selepas sebelum ini tewas 2-1 kepada Sanfrecce dalam saingan Liga Timur ACLE.

Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan penting dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan menewaskan Sanfrecce Hiroshima 3-1.

Kedua-dua pasukan memburu kemenangan sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Hiroshima pada 11 Mac ini.

Jairo da Silva menjadi pilihan Xisco Munoz untuk mengetuai serangan JDT, manakala Akito Suzuki pula diberi amanah mengetuai serangan Sanfrecce.

Sebaik wisel permulaan ditiup, JDT berusaha mencari gol awal menerusi Jairo, Joao Figueiredo dan Nacho Mendez.

Sebagai rumusan, gol ketiga menerusi Marcos Guilherme pada minit ke-85 berhasil dilakukan sekali gus Sanfrecce meraih gol saguhati menerusi gol sendiri Nene seminit selepas itu.

JDT berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. JDT bagaimanapun boleh dikatakan mempunyai keptusan selesa demikian dapat membawa bekalan dua gol untuk aksi timbal balik di Hiroshima.

Malah, kemenangan ini turut menyaksikan JDT membalas dendam terhadap lawan sama itu selepas sebelum ini tewas 2-1 kepada Sanfrecce dalam saingan Liga Timur ACLE.

Iklan

Tags

#JDT #Hiroshima #ACLE

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: