“Aku Datang Memang Nak Jadi Nombor Dua!”
Berita EPL UTAMA

“Aku Datang Memang Nak Jadi Nombor Dua!”

MyGooners 11 Sep 2025 115 tontonan 1 min baca
Bizot Bongkar Rahsia, Tak Gentar Saingi Martinez

Drama Emiliano Martinez tak jadi pindah ke Manchester United musim panas lalu memang buat penyokong Aston Villa panas hati.

Ramai percaya penjaga gol Argentina itu cuba paksa keluar, tapi akhirnya terpaksa kekal di Villa Park.

Tapi bagi Marco Bizot, penjaga gol baharu Villa dari Belanda, itu langsung bukan isu. Malah dia akui lega Martinez masih bersama skuad.

Marco Bizot

“Martinez memang bro yang gila baik.

"Dari hari pertama lagi kami ngam.

"Jadi aku happy dia stay,” kata Bizot tanpa berselindung.

Lebih mengejutkan, Bizot dedah dia memang datang ke Villa dengan niat nak jadi backup keeper!

“Aku cakap dengan ejen: cari kelab top, aku nak jadi nombor dua.

"Aku dah puas main tiap minggu, sekarang masa untuk kongsi pengalaman dengan budak muda,” katanya selamba.

Maknanya, Martinez tak perlu risau langsung - Bizot datang bukan untuk rampas tempat, tapi untuk jadi wingman setia di bangku simpanan!

Iklan

Tags

#Marco Bizot #Emiliano Martinez #EPL #Aston Villa

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

REAL MADRID BELASAH MAN CITY 3-0
Bolasepak

REAL MADRID BELASAH MAN CITY 3-0

Tiga gol pemain Uruguay itu memberi kelebihan besar kepada pasukan tuan rumah sekali gus meletakkan City dalam tekanan s...

2 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: