Arsenal akan mengemukakan rayuan terhadap kad merah yang diterima pemain muda mereka, Max Dowman, ketika menentang Fleetwood dalam saingan Piala Carabao.
Pemain tengah berusia 16 tahun itu dilayangkan kad merah terus pada minit ke-85 selepas berlaku insiden dengan pemain Fleetwood, Harrison Neal.
Dowman bertindak balas selepas menerima terjahan keras, dan kakinya didapati terkena Neal walaupun dia tidak melakukan sepakan penuh terhadap lawannya.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 sebelum Fleetwood, yang beraksi dalam Liga Dua England, menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Kad merah itu merupakan yang kedua buat Dowman pada bulan ini selepas dia turut dibuang padang ketika mewakili skuad Bawah 19 Tahun England.
Jika hukuman dikekalkan, pemain muda itu bakal digantung tiga perlawanan. Situasi tersebut boleh menjejaskan pilihan Arsenal di bahagian sayap ketika beberapa pemain utama sedang mengalami kecederaan.
Arsenal kini berharap rayuan mereka berjaya sebelum kembali memberi tumpuan kepada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada Ahad.