EVERTON RAIH KEMENANGAN DI ST JAMES' PARK
Bolasepak UTAMA

EVERTON RAIH KEMENANGAN DI ST JAMES' PARK

Izzati • 3 Nov 2026 • 76 tontonan • 1 min baca
Everton berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Newcastle United 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

Everton berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Newcastle United 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

Penyerang mereka, Thierno Barry sekali lagi menjadi watak penting apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-49.

Jaringan itu bermula daripada gerakan Tyrique George yang berjaya memasuki kawasan penalti tanpa kawalan sebelum melepaskan rembatan rendah. Bola yang gagal diselamatkan penjaga gol Newcastle kemudian disudahkan Barry.

Lebih menarik, gol tersebut merupakan jaringan kelapan Barry dalam 12 penampilan bagi semua kejohanan musim ini. Dia juga sebelum ini berjaya menjaringkan gol ketika Everton menewaskan Newcastle 3-1 dalam saingan Piala Carabao.

Newcastle turut berdepan kesukaran apabila Jacob Ramsey dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning dalam tempoh singkat pada masa kecederaan.

Walaupun Newcastle cuba mencari gol penyamaan, beberapa percubaan mereka berjaya dipatahkan penjaga gol Everton, Jordan Pickford. Everton akhirnya mempertahankan kelebihan tersebut untuk mencatat kemenangan liga pertama sejak September.

Iklan

Kongsi artikel ini