IRAOLA CIPTA SEJARAH, BAKAL KENDALI LIVERPOOL
Perkembangan Kelab UTAMA

IRAOLA CIPTA SEJARAH, BAKAL KENDALI LIVERPOOL

Izzati 3 Jun 2026 194 tontonan 2 min baca
Liverpool dan Iraola sudah mencapai persetujuan untuk bekerjasama dengan hanya beberapa perkara terakhir perlu diselesaikan sebelum pelantikan rasmi diumumkan.

Andoni Iraola dilaporkan semakin hampir untuk mencipta sejarah tersendiri apabila bersedia menjadi pengurus Sepanyol kedua yang bakal membimbing Liverpool.

Kehadiran jurulatih berusia 43 tahun itu ke Anfield dilihat sebagai permulaan era baharu buat The Reds selepas kelab tersebut mengambil keputusan menamatkan khidmat Arne Slot sebaik musim 2025/26 berakhir.

Menurut laporan wartawan terkenal, Fabrizio Romano, Liverpool dan Iraola sudah mencapai persetujuan untuk bekerjasama dengan hanya beberapa perkara terakhir perlu diselesaikan sebelum pelantikan rasmi diumumkan.

Sekiranya dimuktamadkan, Iraola akan menyertai senarai eksklusif pengurus Sepanyol yang pernah mengendalikan Liverpool selepas Rafael Benitez, individu yang membawa kelab itu menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA pada 2005.

Pelantikan Iraola juga dianggap sebagai ganjaran terhadap hasil kerja cemerlang yang dipamerkannya bersama Bournemouth sejak beberapa musim lalu.

Walaupun berdepan cabaran kehilangan beberapa pemain utama dalam jendela perpindahan, beliau tetap berjaya mengekalkan daya saing Bournemouth sehingga muncul antara pasukan paling konsisten dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Musim 2025/26 menyaksikan Bournemouth menamatkan saingan di tangga keenam EPL, sekali gus mengesahkan tiket ke Liga Europa UEFA (UEL) buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Kejayaan itu bukan sahaja mencatat rekod baharu buat The Cherries, malah mengukuhkan reputasi Iraola sebagai antara jurulatih muda paling menyerlah di Eropah ketika ini.

Selain membawa identiti permainan agresif dan bertenaga, Iraola turut dijangka memudahkan proses adaptasi beberapa pemain yang pernah bekerja di bawah kendaliannya, termasuk bek kiri Hungary, Milos Kerkez yang kini bersama Liverpool.

Iklan

Tags

#Liverpool #Sepanyol #

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Arsenal Dalam Perlumbaan!
Berita Perpindahan

Arsenal Dalam Perlumbaan!

Bintang Chile Dario Osorio Berpotensi Cipta Rekod Perpindahan Denmark

2 bulan yang lepas
Southampton Halangan Ke Separuh Akhir!
Perkembangan Kelab

Southampton Halangan Ke Separuh Akhir!

Impian Arsenal untuk terus memburu trofi FA Cup musim 2025/26 kini semakin jelas selepas keputusan undian suku akhir diu...

2 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Pilih soalan di bawah

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Pilih salah satu soalan popular di bawah untuk mendapatkan jawapan tentang Arsenal, laman web ini, dan banyak lagi.

MG
Soalan Popular: