KUCHING CITY BURU KEMENANGAN PERTAMA ASIA
Antarabangsa UTAMA

KUCHING CITY BURU KEMENANGAN PERTAMA ASIA

Izzati • 29 Oct 2026 • 87 tontonan • 1 min baca
Kuching City FC bakal berdepan satu lagi cabaran besar apabila bertemu Gangwon dalam aksi ketiga Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Korea Selatan, petang ini.

Kuching City FC bakal berdepan satu lagi cabaran besar apabila bertemu Gangwon dalam aksi ketiga Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Korea Selatan, petang ini.

Kedua-dua pasukan masih memburu kemenangan pertama selepas gagal mengutip tiga mata penuh dalam dua perlawanan terdahulu.

Wakil Malaysia itu memulakan kempen dengan kekalahan 1-2 kepada Phnom Penh Crown sebelum seri 1-1 ketika menentang Kitchee SC di Stadium Taha Ariffin.

Keputusan berkenaan menyaksikan Kuching City hanya mengumpul satu mata dan memerlukan keputusan positif untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan.

Gangwon juga berada dalam keadaan hampir sama selepas seri tanpa jaringan menentang Kitchee sebelum tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown di laman sendiri.

Ketika ini, Phnom Penh Crown mendahului kumpulan dengan enam mata, manakala Kitchee mengumpul dua mata. Gangwon dan Kuching City pula masing-masing memiliki satu mata.

Anak buah Aidil Sharin Sahak perlu memanfaatkan peluang di hadapan gawang serta mengurus kecergasan pemain selepas jadual padat, termasuk aksi Piala FA. Perlawanan menentang Gangwon dijadual bermula pada jam 6 petang waktu Malaysia.

Iklan

Kongsi artikel ini