MALAYSIA BENAM JAMAICA, MARA SUKU AKHIR
Antarabangsa UTAMA

MALAYSIA BENAM JAMAICA, MARA SUKU AKHIR

Izzati • 29 Oct 2026 • 86 tontonan • 1 min baca
Kemenangan itu membolehkan anak buah P. Maniam melangkah ke suku akhir selepas mengalami kekalahan kepada Afrika Selatan dalam perlawanan sebelumnya.

Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) Malaysia kembali mencatat keputusan positif apabila menewaskan Jamaica 4-2 dalam aksi pusingan 16 Tier B Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan.

Kemenangan itu membolehkan anak buah P. Maniam melangkah ke suku akhir selepas mengalami kekalahan kepada Afrika Selatan dalam perlawanan sebelumnya.

Malaysia memulakan aksi dengan penuh bertenaga apabila Armin Haikal Hazim membuka jaringan seawal minit kedua.

Iman Lutfi Zairol Hisham kemudian mencuri perhatian apabila meledak dua gol pada minit kelima dan kelapan, sekali gus meletakkan Malaysia selesa di hadapan 3-0.

Rayyan Haziq Ahfizal Ahmad menambah gol keempat pada minit ke-24 untuk mengukuhkan kedudukan skuad muda negara.

Jamaica cuba mengejar menerusi dua jaringan pada minit ke-11 dan ke-39, namun Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat.

Malaysia seterusnya dijadual bertemu China dalam aksi suku akhir Tier B pada Khamis, 29 Oktober, jam 2.15 petang waktu Malaysia bagi merebut tempat ke-49 hingga ke-56.

Iklan

Kongsi artikel ini