Memang wajar
Perkembangan Kelab UTAMA

Memang wajar

MyGooners 14 Oct 2025 56 tontonan 2 min baca
Kalau Timber main CB, semua kagum dengan prestasi bintang Arsenal!

Jurrien Timber beralih ke posisi pertahanan tengah memang wajar, melihat kepada cara permainannya bersama Arsenal.

Jurrien Timber dilihat makin menyerlah di Arsenal - sampai ada yang kata, kalau dia berpindah posisi ke pertahanan tengah, itu memang wajar.

Penganalisis bola sepak Belanda, Hans Kraay Jr, melalui Voetbal Primeur, memuji habis prestasi bek serba boleh itu yang kini menjadi salah seorang pemain paling konsisten dalam skuad Mikel Arteta.

Timber, yang asalnya sering bermain di posisi bek kanan sejak tiba dari Ajax pada 2023, kini menunjukkan keupayaan bermain di mana-mana posisi belakang - termasuk tengah dan kiri - tanpa sebarang masalah.

Hans Kraay Jr berkata:

“Saya faham sepenuhnya. Dia buat semua orang di Arsenal terpegun - bukan saja rakan sepasukan dan jurulatih, tapi semua orang di kelab.”

“Kalau dia dipilih ganti Van Hecke atau De Vrij di skuad Belanda pun, saya rasa itu lebih daripada adil (wajar). Dia tengah ‘on fire’. 

"Dan dia pun dah biasa main posisi tu masa di Ajax bawah Erik ten Hag.”

Timber: “Saya main di mana jurulatih perlukan saya”

Timber sendiri tak kisah dipindah posisi. Dalam temubual bersama Soccer News, dia menegaskan yang fleksibiliti adalah kekuatan dirinya:

“Saya main di mana jurulatih perlukan saya. Saya anggap itu salah satu kekuatan saya.”

“Saya dah buktikan saya boleh main di tengah dan bila ada pemain macam Virgil (Van Dijk) di sebelah, semuanya jadi lebih mudah.”

Fakta Ringkas

  • Umur: 24 tahun
  • Kelab: Arsenal
  • Posisi semasa: Bek kanan / tengah
  • Pemain kebangsaan Belanda 
  • Kontrak: Hingga 2028

#Pandangan MyGooners:

Kalau ikut prestasi semasa, Timber ni bukan sekadar bek kanan, dia macam Swiss Army Knife Arsenal.

Arteta boleh guna dia kat mana-mana dan tetap nampak solid. Sama ada jadi ‘CB hybrid’ macam John Stones atau kekal RB - yang penting, dia dah jadi aset utama The Gunners.

Iklan

Tags

#Jurrien Timber

Kongsi artikel ini

Artikel Berkaitan

Lebih banyak cerita dari komuniti Arsenal

Macam Senang Je!
Perkembangan Kelab

Macam Senang Je!

Timber Puji Mosquera, Bek Muda Arsenal Buat Ramai Terpukau

1 bulan yang lepas
Jaap Stam Puji Timber
Perkembangan Kelab

Jaap Stam Puji Timber

“Ikon Belanda Angkat Topi! Jaap Stam Puji Timber – Dari Mimpi Ngeri Cedera ke Wira Arsenal”

1 bulan yang lepas
Iklan
MG

MyGooners Assistant

Tanya saya apa-apa!

MG

Halo! Saya adalah pembantu MyGooners. Saya boleh membantu anda dengan soalan tentang Arsenal, laman web ini, atau apa-apa sahaja! Apa yang anda ingin tahu?

MG
Soalan Popular: