PIALA ASIA 2027 BERDEPAN RISIKO PENANGGUHAN
Bolasepak UTAMA

PIALA ASIA 2027 BERDEPAN RISIKO PENANGGUHAN

Izzati • 2 Nov 2026 • 69 tontonan • 1 min baca
Laporan ASEAN Football menyebut kemungkinan penangguhan semakin mendapat perhatian susulan konflik yang masih berlaku antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman.

Penganjuran Piala Asia 2027 di Arab Saudi kini berdepan persoalan apabila keadaan keselamatan di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan kejohanan tersebut.

Laporan ASEAN Football menyebut kemungkinan penangguhan semakin mendapat perhatian susulan konflik yang masih berlaku antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman.

Ketegangan itu melibatkan serangan udara oleh Arab Saudi yang dibalas dengan serangan dron serta peluru berpandu oleh pihak Houthi, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan negara tuan rumah.

Pada masa sama, hubungan tegang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran turut menambah kebimbangan apabila kemungkinan berlakunya serangan baharu terhadap Iran mula diperkatakan.

Perkembangan di rantau itu dijangka menjadi antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 November ini.

Mesyuarat berkenaan bakal memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju kejohanan tersebut, sama ada Piala Asia 2027 kekal berlangsung mengikut jadual asal atau dipindahkan ke tahun 2028.

Iklan

Kongsi artikel ini